HULU SELANGOR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan kereta milik pasukan yang tular kerana diletakkan di kawasan parkir motosikal baru-baru ini telah dikenakan tindakan saman.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kereta berkenaan merupakan milik Polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan urusan rasmi di lokasi terbabit.
"Polis Hulu Selangor terkesan satu hantaran di Facebook memaparkan kenderaan dipercayai milik PDRM diletakkan menyalahi peraturan lalu lintas iaitu di dalam kotak parkir motosikal.
"Hasil semakan mendapati, kenderaan terlibat merupakan kenderaan milik PDRM Kontinjen Johor yang datang ke Kuala Khubu Bharu atas penugasan rasmi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Suffian berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hulu Selangor telah mengeluarkan saman trafik terhadap kenderaan terbabit.
Katanya, saman dikeluarkan di bawah Kaedah Lalu Lintas 16(1) LN 166/59 kerana membuat halangan lalu lintas.
"Pihak polis tidak berkompromi ke atas kesalahan yang dilakukan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas mana-mana pelanggaran yang berlaku," ujar beliau. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023

Kereta berkenaan merupakan milik Polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan urusan rasmi di lokasi terbabit.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tahan wanita menari tidak senonoh berlatar kenderaan polis, muat naik di TikTok
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menari dengan aksi tidak senonoh di tempat awam berlatarkan kenderaan polis serta memuat naik video perbuatan itu di TikTok.

Empat maut dalam letupan sasar kenderaan polis
Kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Kenderaan polis disaman guna parkir motosikal
Kereta berkenaan merupakan milik Polis Kontinjen Johor yang sedang menjalankan urusan rasmi di lokasi terbabit.

Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis dirampas
Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.

Polis siasat laporan kemalangan libat kenderaan pengiring
Polis meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian tersebut untuk hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi tujuan membantu siasatan.

17 MPV kejar penjenayah dari Johor Bahru hingga ke Kluang
Pemeriksaan dalam kenderaan yang dipandu suspek turut menjumpai sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ekstasi.

Lans Koperal Mohammad Fadhirul makin stabil
Menurut Noriha, suaminya juga baru sahaja menjalani pembedahan pertama di bahagian mukanya di Hospital Sultan Ismail.