JOHOR BAHRU:Keadaan Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa yang cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika mengejar penjenayah pada 1 Nov lepas, semakin stabil dan beransur pulih.
Isterinya, Noriha Mohd Razali berkata Mohammad Fadhirul sudah boleh bercakap, makan dan minum walaupun ingatannya tidak berapa baik berikutan kesan pendarahan di bahagian kepala.
Menurut Noriha, suaminya juga baru sahaja menjalani pembedahan pertama di bahagian mukanya di Hospital Sultan Ismail di sini, semalam.
"Keadaan suami semakin pulih, boleh bercakap, makan dan minum. Kadang-kadang apabila tanya nama, suami tahu nama sendiri tetapi apabila ditanya lagi, dia akan lupa. Begitu juga saya dan anak-anak kadangkala dia lupa juga.
"Doktor beritahu pendarahan itu akan pulih sendiri dan ambil masa tiga hingga empat bulan untuk lihat perkembangan sama ada perlu pembedahan atau tidak...kalau respons suami baik, tidak perlu pembedahan," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan wang tunai dan cenderahati daripada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di sini hari ini.
BACA: Perodua MyVi yang lari ketika ditahan anggota MPV sudah dijumpai polis
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi PERKEP Kontijen JOHOR SAC Datin Zalena Mohd Ariffin, di Rumah PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Turut menerima sumbangan ialah keluarga mendiang Konstabel Nicholester Dadup Unggat, yang diserahkan kepada kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat.
Sementara itu, Noriha yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata walaupun sukar untuk melupakan peristiwa hitam yang menimpa Mohammad Fadhirul, namun jauh di sudut hatinya reda dengan ketentuan Tuhan.
"Susah saya mahu cakap...tetapi berpuas hati sebab pesalah sudah ditangkap dan telah diberi hukuman...rasa lega," katanya yang sudah 11 tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohammad Fadhirul.
Dalam kejadian 1 Nov lepas, kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki telah melarikan diri daripada ditahan sehingga memaksa dua anggota Unit Kenderaan Peronda (MPV) dari Balai Polis Bandar Dato' Onn termasuk mangsa mengejar mereka, sebelum kenderaan polis itu terbalik dan berlanggar dengan sebuah kereta Perodua Aruz, di Jalan Kangkar Tebrau, di sini.
Kejadian itu mengakibatkan Nicholester, 20, yang berasal dari Sibu, Sarawak, maut selepas mengalami kecederaan pada bahagian kepala, manakala Mohammad Fadhirul, 32, cedera parah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Lans Koperal Mohammad Fadhirul Musa terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, 1 Nov lalu. --fotoBERNAMA/Fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.