Robbi Sapinggi merupakan seorang yang murah hati, suka berjenaka dan boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris yang fasih.
Ini adalah kenangan penganjur Ekspedisi Gunung Kinabalu Coalition Duchenne, Catherine Jayasuriya terhadap Robbi, yang maut di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi semalam.
Jayasuria, yang menceritakan pengalamannya semasa menaiki gunung Kinabalu bersama Robbi dan ayahnya Sapinggi, berkata ada suatu ketika mereka mendaki ketika hujan dan suhu menjadi sangat sejuk.
"Saya sangat sejuk. Jaket dan sarung tangan saya sudah basah. Robbi menanggalkan jaket dan sarung tangannya dan memberinya kepada saya.
"Dia hanya memakai kemeja-t dan tiada sarung tangan. Beliau merupakan orang yang mempunyai perwatakkan sebegitu," katanya kepada Astro AWANI.
Jayasuria, yang berasal dari Sabah tetapi kini tinggal di Amerika Syarikat, berkata beliau amat terkejut apabila mendengar berita mengenai kematian Robbi.
"Pada mulanya, ada orang menghantar mesej kepada saya melalui laman Facebook bahawa Robbi tercedera akibat gempa itu. Jadi saya menghantar mesej kepada Robbi dan membuat panggilan.
"Tetapi tiada jawapan. Kemudian saya menghubungi kawan saya yang tinggal di United Kingdom yang rapat dengan keluarga Robbi. Kawan saya menghubungi abang Robbi dan diberitahu Robbi tercedera tetapi ok.
"Namun demikian, saya mendapat mesej bahawa Robbi sudah meninggal, tidak lama selepas itu. Saya sangat terkejut. Saya tidak dapat tidur lena selepas itu," katanya sambil menambah mereka sudah ada rancangan untuk mendaki gunung pada Ogos.
Coalition Duchenne menggabungkan pertubuhan dari seluruh dunia dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang distrofi otot Duchenne untuk membiayai penyelidikan dan mencari ubat bagi penyakit itu.
Jayasuriya sendiri mempunyai seorang anak lelaki, Dusty Brandom, yang mengalami penyakit itu.
Jayasuria berkata beliau telah mengabadikan kenangan Robbi di dalam dokumentari pendeknya mengenai 'Dusty's Trail: Summit of Borneo', di mana Robbi bercakap tentang mengapa beliau suka mendaki Gunung Kinabalu.
"Beliau hidup melalui dokumentari saya," katanya.
Pengarah eksekutif Coalition Duchenne itu berkata pihaknya akan menganjurkan pendakian amal kali kelima dari 7 hingga 9 Ogos ini.
Jayasuria berkata beliau tidak pasti sekiranya pada bulan Ogos kerja-kerja pemulihan gunung Kinabalu masih akan berlangsung atau tidak, tetapi yang pasti, mereka akan adakan acara memperingati Robbi.
T K Letchumy Tamboo
Sat Jun 06 2015
![Kenangan Robbi diabadikan dalam dokumentari 'Dusty's Trail: Summit of Borneo' Kenangan Robbi diabadikan dalam dokumentari 'Dusty's Trail: Summit of Borneo'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61433564194_295x200.jpg)
Robbi Sapinggi merupakan seorang yang murah hati, suka berjenaka dan boleh bertutur di dalam bahasa Inggeris yang fasih, kata Catherine Jayasuriya.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644847788_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Kementerian Luar pantau perkembangan gempa bumi di Syria, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kementerian Luar mengesahkan bahawa menurut laporan terkini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi berukuran 4.8 magnitud yang melanda berhampiran Hama, Syria pada Isnin malam.
![Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723436064_gempamegaNankaiTr.jpg)
Ancaman gempa mega Nankai Trough cetus panik di Jepun
PIHAK berkuasa Jepun pada Sabtu menggesa orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik dan tidak menyorokkan bekalan barangan keperluan dengan tujuan mahu memanipulasi harga.
![Bersiap sedia hadapi gempa bumi mega Bersiap sedia hadapi gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723338826_persiapan.jpg)
Bersiap sedia hadapi gempa bumi mega
Gegaran kecil turut dirasai di ibu negara berkenaan kesan gempa bumi susulan yang berlaku di wilayah berhampiran.
![Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Gempa bumi 6.8 pada skala richter landa Laut Okhotsk, Jepun
Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter direkodkan di selatan Laut Okhotsk, berhampiran pantai Hokkaido, Jepun pada Sabtu.
![Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723242130_gempabumijepun.jpg)
Agensi meteorologi Jepun gesa pemeriksaan persediaan gempa bumi
Agensi itu akan mengeluarkan maklumat penjelasan mengenai gempa bumi berhampiran Palung Nankai setiap petang sehingga Khamis.
![Jepun keluar amaran gempa bumi mega Jepun keluar amaran gempa bumi mega](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723201670_TBJapan.jpg)
Jepun keluar amaran gempa bumi mega
JMA mengeluarkan nasihat gempa mega pertamanya, meliputi 707 majlis perbandaran dari Okinawa ke wilayah Ibaraki, selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki pada Khamis.
![PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702526392_FumioKishida.jpg)
PM Jepun batal lawatan ke Asia Tengah dan Mongolia berhubung nasihat gempa bumi besar
Fumio Kishida batalkan lawatan luar negara untuk "beri tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.
![Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723169688_earthquake.jpg)
Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan jauhi kawasan pantai
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan oleh gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter pada Khamis.
![Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714288545_GempaBumiGeneric.jpg)
Amaran tsunami dikeluarkan, gempa magnitud 6.9 gegar Jepun
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 pada Khamis menggegarkan wilayah Miyazaki di Jepun, menurut agensi cuaca.