Jika individu atau anda sendiri mengalami kemurungan tahap serius, mudah marah, bersedih dan selalu menyendiri dinasihatkan supaya segera menjalani pemeriksaan kaunseling.
Beberapa kes sadis yang dilaporkan kebelakangan ini, antaranya membabitkan penderaan, pembunuhan dan bunuh diri, dikaitkan para pakar kaunseling dan psikiatri, sebagai mereka yang mengalami tekanan jiwa akibat kegagalan mengawal kemurungan di peringkat awal.
Pakar Psikiatri Klinikal Hospital Pantai, Datuk Dr Mat Saad Baki berkata rawatan atau kaunseling awal dilihat dapat membendung kejadian yang tidak diingini.
"Jika seseorang itu tertekan dan mengalami kemurungan dia perlu merujuk kepada doktor perubatan bagi mendapatkan khidmat nasihat seorang pakar psikiatri dan kaunseling serta mendapatkan rawatan perubatan yang bersesuaian jika ia diperlukan.
"Tahap kemurungan seseorang itu bergantung kepada empunya diri dalam mengawal emosi dan perasaan, jika kemurungan melampau boleh menyebabkan individu hilang pertimbangan diri dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diduga," katanya kepada Bernama di sini.
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri dan Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Psikologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata masalah tekanan jiwa boleh dibendung daripada menjadi lebih parah, sekiranya orang ramai mampu mengenali petanda awal seseorang individu itu mengalami tekanan jiwa melalui karakter mereka.
Katanya, rakan-rakan serta ahli keluarga terdekat perlu melihat perubahan dalam kelakuan mereka.
"Contohnya, sebelum ini seseorang itu bersikap tenang, namun berubah menjadi pemarah serta pergaulan mereka yang membawa ke arah kemurungan yang dikategorikan pada tahap yang lebih serius.
"Cara terbaik adalah untuk bertanya individu itu dan menjadi lebih ingin tahu serta berbincang dengan mereka," katanya.
Beliau berkata masyarakat perlu lebih sensitif dan memujuk mereka untuk menjelaskan masalah atau tekanan yang tidak dapat diselesaikan (sekiranya ditangani berseorangan), serta perlu bertanyakan kepada orang lain untuk mendapatkan bantuan mahupun pandangan.
Katanya, mereka perlu mendapat bantuan dan rawatan awal dan mengelak daripada memiliki perasaan malu, lemah dan merisaukan persepsi awam sebelum masalah itu menghantui pemikiran mereka.
"Cuba yakinkan individu itu untuk membantu menyelesaikan masalah yang dipendam dengan membawa mereka berjumpa dengan pakar yang bersesuaian," katanya.
Beberapa kejadian sadis dikaitan dengan masalah tekanan jiwa, antaranya pada 30 Jan lepas, seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental, mengelar mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Pada 28 Mac 2013, seorang lelaki ditemui mati tergantung di sebuah rumah di Kampung Perting, Bentong dipercayai mengalami tekanan jiwa selepas kematian ibunya empat tahun lepas.
Pada 2 Feb 2012, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mati akibat ditekup dengan bantal oleh neneknya berusia 57 tahun dipercayai sakit mental di pangsapuri mereka di Puchong.
Pada 27 Nov 2011, seorang ibu berusia 75 tahun mati selepas lehernya dikelar dengan pisau oleh anak perempuannya yang dipercayai mengalami tekanan mental di rumah mereka di Taman Bukit Serdang.
Bernama
Thu May 22 2014
Kenali petanda awal tekanan jiwa, kata pakar
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Laporan Khas: Kita perlu selamatkan lebah, bukan bunuh atau hapuskan
Kajian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati, saban tahun jumlah haiwan itu semakin berkurang, menimbulkan satu masalah baharu kepada dunia.
Pemaju diminta tingkat guna tenaga alternatif, utama biodiversiti - TPM Fadillah
Kerajaan meminta pihak berkepentingan, terutama pemaju perumahan untuk beralih kepada tenaga alternatif seperti solar dan mengutamakan kepentingan biodiversiti.
[TERKINI] Polis buru lelaki cabul kanak-kanak usia 12 tahun
Polis memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan, iaitu anak asuhan kepada isterinya.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan - Fahmi
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik.