NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membincangkan secara serius cadangan kenaikan gaji bagi guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi, sebagai pengiktirafan kepada golongan pendidik di negara ini.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata, setakat ini perkara itu berada dalam radar perbincangan peringkat KPM, sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Jelasnya, tumpuan utama KPM adalah untuk meningkatkan kualiti guru dari segi kelayakan akademik dan perkhidmatan pendidikan negara.
"Kita ambil pandangan saranan kenaikan gaji guru memiliki kelayakan akademik lebih tinggi itu secara serius.
"Dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan jadi tumpuan awal, sebaik saja ekonomi negara pulih.
"Dan ia juga tidak lari dari hasrat KPM yang melihat perkara sama.
"Kita sedang berada dalam radar perbincangan dan juga dalam konteks untuk menaikkan gaji guru, serta dari segi kualitifikasi, maknanya, integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan.
"Ini menjadi tumpuan kita," katanya kepada media selepas Merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, guru di negara ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka.
Tambahnya, tiada sebarang halangan untuk guru-guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana ia akan meningkatkan lagi integriti perguruan dan kualiti guru dari semasa ke semasa.
Beliau mengulas mengenai laporan yang menyarankan kerajaan supaya menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.
Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Anuar Ahmad sebelum ini berkata, ketika ini gaji guru yang memiliki Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) adalah sama dan perkara itu wajar dikaji semula.
Katanya, kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi supaya mereka dapat rasakan kepentingan menyambung belajar bukan sahaja bagi menambah ilmu, tetapi juga boleh meningkatkan pendapatan dalam bidang yang diceburi.
Astro Awani
Sat May 27 2023
![Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685162722_FadhlinaSidek.jpg)
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan di Kampung Sungai Duri, Nibong Tebal, hari ini. --fotoBERNAMA
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738159505_PendidikanSyria.jpg)
Gaji guru di Syria RM60 sebulan: Krisis pendidikan yang membimbangkan
Sektor pendidikan di Syria, terutamanya di Aleppo, menghadapi cabaran besar untuk dibangunkan semula.
![Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71685162722_FadhlinaSidek.jpg)
Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek
Setakat ini perkara itu telah berada dalam radar perbincangan peringkat KPM sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
![Duterte mahu gandakan gaji guru Filipina Duterte mahu gandakan gaji guru Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515495078_PhilippinePresident.jpg)
Duterte mahu gandakan gaji guru Filipina
President Rodrigo Duterte merancang mengandakan gaji guru di Filipina susulan peningkatan pendapatan negara berkenaan selepas Filipina mencadangkan reformasi ke atas regim percukaiannya baru-baru ini