Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan perjalanan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan adalah yang terbaik berbanding beberapa PRK pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, walaupun terdapat laporan dan aduan, namun ia bukan sesuatu yang luar biasa.
“Buat masa ini amat baik sekali sebab saya rasa di sini kurang masalah berbanding PRK di Semenanjung. Ini satu kebaikan orang Sabah.
“Saya tahu ada masalah, aduan dan sebagainya, tetapi ini bukanlah sesuatu luar biasa dan amat sedikit (aduan) berbanding PRK sebelum-sebelum ini. Secara amnya, sikap semua pihak harus dipuji dan ini adalah satu yang patut dicontohi,” katanya kepada media di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau bersama Setiausaha SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar dan beberapa Ahli SPR lain meninjau proses semakan peralatan mengundi untuk kegunaan bagi proses pengundian yang akan dijalankan esok di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua.
Mengulas mengenai persiapan SPR, Azmi berkata, pihaknya turut menambah lagi petugas SPR daripada 700 kepada 798 anggota bagi PRK tersebut.
“Ini adalah satu pertambahan yang saya rasa sangat perlu dan satu penambahbaikan yang elok di mana kita menambah satu pegawai di saluran satu dan dua iaitu di mana warga emas dan OKU pergi mengundi.
“Kita perlu bantuan misalnya mereka yang berkerusi roda atau bantu mereka yang menggunakan tongkat. Jadi ada anggota akan tolong mereka. Itu adalah salah satu penambahbaikan yang kita perkenalkan pada PRK ini,” jelasnya.
Seramai 39,684 orang pengundi bakal mengundi pada PRK Sandakan esok di mana 19 pusat mengundi di 90 saluran dibuka tepat jam 7.30 pagi hingga 5 petang.
SPR menjangkakan keputusan rasmi akan diumumkan sebelum pukul 10 malam.
Harits Asyraf Hasnan
Fri May 10 2019
Dr Azmi Sharom puji cara orang Sabah berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan kali ini. - Gambar fail
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Sabah Memilih: PRN Sabah ditetapkan dalam dua minggu lagi - SPR
Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi
Kempen PRK Sandakan yang terbaik, harus dipuji - SPR
SPR sifatkan perjalanan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan adalah yang terbaik berbanding beberapa PRK pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada tuduhan Akta Hasutan 1948 di atasnya.
Peguam Negara gugur dakwaan hasutan terhadap Azmi Sharom
Pejabat Peguam Negara hari ini menggugurkan kes dakwaan Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom.