Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada tuduhan Akta Hasutan 1948 terhadapnya.
Menurut laporan portal The Star Online, Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah pada mulanya memohon kepada mahkamah supaya Azmi dilepas tanpa dibebas.
Namun demikian, Peguam bela Gobind Singh Deo berkata bahawa kes itu telah berlangsung selama 17 bulan dan semua saksi pendakwaan telah memberikan kenyataan mereka.
Gobind berkata tiada sebab untuk kes ini berterusan kerana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membuat kenyataan untuk menarik balik pertuduhan tersebut.
Pada 12 Februari, Mohamed Apandi menggugurkan pendakwaan atas Azmi selepas mengkaji keterangan daripada semua saksi pendakwaan di mahkamah.
Azmi, 46, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told.
Beliau didakwa menyatakan perkataan menghasut itu di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, pada 12.30 tengah hari, 15 Ogos 2014.
Azmi, yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM, turut didakwa atas pertuduhan pilihan iaitu menerbitkan perkataan menghasut berhubung krisis sama, pada masa dan tempat yang sama.
Pada 14 Jan lepas, pendakwaan menutup kes mereka selepas memanggil empat saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi.
Timbalan pendakwa raya dan peguam Azmi, Gobind Singh Deo dijadualkan untuk mengemukakan hujahan mereka pada 19 Feb ini.
Pada 6 Okt lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan ialah undang-undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta Hasutan.
Astro Awani
Fri Feb 19 2016
![Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455855682_AzmiSharom.jpg)
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada tuduhan Akta Hasutan 1948 di atasnya.
[TERKINI] Mahkamah UAE jatuh hukuman 57 warga Bangladesh
Mahkamah Rayuan UAE menjatuhkan hukuman penjara kepada 57 warga Bangladesh kerana menghasut suopaya melakukan rusuhan di ibu negara UAE.
![Pasaran getah ditutup tinggi Pasaran getah ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri penurunan dua hari berturut-turut dengan ditutup tinggi hari ini.
Keadaan di Dhaka tenang, perintah berkurang dilonggarkan
Setakat ini juga, tiada laporan mengenai keganasan atau bantahan pada sebelah pagi dan media melaporkan bahawa perintah berkurung akan dilonggarkan selama tiga jam pada sebelah petang, dilanjutkan daripada dua jam pada hari sebelumnya, supaya orang ramai boleh membeli barangan keperluan.
![Ringgit ditutup tinggi berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Fed Ringgit ditutup tinggi berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Fed](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berikutan jangkaan penurunan kadar faedah Fed
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan Indeks Dolar AS (DXY) merosot disebabkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Dituduh taja pejuang Hamas, Turkiye selar dakwaan Israel
Turkiye menyelar Israel yang mendakwa Ankara selama ini bertindak memberikan dana dan membekalkan senjata kepada pejuang Hamas
[TERKINI] Meta betulkan kesilapan teknikal ucapan istiadat pertabalan
Pengarah Dasar Awam, Asia Tenggara Meta, Rafael Frankel dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiden tersebut berlaku disebabkan terjemahan automatik daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.
Prestasi ringgit terbaik di asia berbanding dolar AS
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding USD sejak pelaksanaan tindakan bersepadu pada 26 Februari 2024.
Selepas ibu maut, anak yang cedera pula temui ajal
Selepas ibu maut, anaknya pula meninggal dunia ketika dirawat di hospital, membabitkan kemalangan dua kenderaan di KM 10 Jalan Pasir Puteh-Machang, Gerik.
![Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat Pertabalan Agong Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat Pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721649608_TBMetapertabalanA.jpg)
Meta mohon maaf kesilapan teknikal ucapan Istiadat Pertabalan Agong
Meta Platforms Inc (Meta) memaklumkan telah menyelesaikan kesilapan teknikal melibatkan ucapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan ulang tahun Che' Puan Mahkota, Khaleeda Johor.
AWANI Ringkas: Ucapan takziah | Rasuah penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Sabah Memilih: PRN Sabah ditetapkan dalam dua minggu lagi - SPR Sabah Memilih: PRN Sabah ditetapkan dalam dua minggu lagi - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51595482601_AzmiSharom.jpg)
Sabah Memilih: PRN Sabah ditetapkan dalam dua minggu lagi - SPR
Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi
![Kempen PRK Sandakan yang terbaik, harus dipuji - SPR Kempen PRK Sandakan yang terbaik, harus dipuji - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51557463556_DrAzmiSharom.jpg)
Kempen PRK Sandakan yang terbaik, harus dipuji - SPR
SPR sifatkan perjalanan kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan adalah yang terbaik berbanding beberapa PRK pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
![Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/41455855682_AzmiSharom.jpg)
Azmi Sharom dibebas dari tuduhan menghasut
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan Pensyarah undang-undang Universiti Malaya Prof Madya Dr Azmi Sharom daripada tuduhan Akta Hasutan 1948 di atasnya.
![Peguam Negara gugur dakwaan hasutan terhadap Azmi Sharom Peguam Negara gugur dakwaan hasutan terhadap Azmi Sharom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444100438_AzmiSharom.jpg)
Peguam Negara gugur dakwaan hasutan terhadap Azmi Sharom
Pejabat Peguam Negara hari ini menggugurkan kes dakwaan Akta Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom.