Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengulangi pendiriannya bahawa cadangan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) bagi rumah mewah yang tidak terjual, terbuka kepada semua pembeli antarabangsa dan bukan pembeli dari China sahaja.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen tersebut bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual.
"Saya perlu perbetulkan kerana mereka terus mengatakan ia (HOC) untuk pembeli dari China, ia tidak benar, kami menawarkan kepada semua pembeli antarabangsa yang menyertai (program) Malaysia Rumah Keduaku," katanya pada sidang media selepas melancarkan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, di sini hari ini.
Zuraida dalam pada itu berkata, semua Ketua Setiausaha bagi tiga kementerian iaitu kementeriannya, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan membincangkan pelaksanaan kempen berkenaan.
"Kami akan bertemu untuk berbincang kaedah seterusnya sama ada kami boleh menggunakan platform ini untuk membantu menjual rumah-rumah mewah yang tidak terjual. Jadi, perkara ini masih pada peringkat awal perbincangan dan kita akan melihat saranan mereka," katanya.
Pada 16 September lepas, Zuraida dilaporkan berkata, penganjuran kempen pemilikan rumah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.
Beliau berkata, dengan penjualan rumah mewah tidak terjual itu, kerajaan dapat membantu meningkatkan ekonomi negara sekali gus membuka lebih peluang kepada pemaju untuk merancakkan lagi projek pembangunan perumahan di negara ini termasuk kategori rumah mampu milik. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019
Zuraida berkata, Kempen Pemilikan Rumah bertujuan menyelesaikan isu lambakan rumah mewah yang tidak terjual. - Gambar fail
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Kempen Pemilikan Rumah Pulau Pinang dilanjutkan hingga Jun 2022
Sepanjang tempoh kempen itu, harga siling perumahan mampu milik di bahagian pulau dan tanah besar akan diturunkan hingga 10 peratus.
Search beri tempoh tujuh hari kepada 'Mozylir Mokhtaruddin'
Kumpulan rock legenda tanah air, Search memberi masa tujuh hari kepada seorang individu bernama Mozylir Mokhtaruddin untuk menghentikan semua kegiatan yang berkait dengan kumpulan rock terkemuka itu.
Kerajaan teliti lanjutkan HOC hingga Disember 2021 - Zuraida
Kerajaan sedang meneliti untuk melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga hujung tahun ini.
Jumlah hartanah komersial tidak terjual membimbangkan - BNM
Jumlah hartanah tidak terjual menyaksikan perubahan susulan pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan.
HOC 2020 akan tarik lebih ramai pembeli rumah pertama - CEO IQI Global
Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan menarik lebih ramai pembeli kali pertama ke dalam pasaran pada separuh kedua 2020, k
HOC: Rumah bawah RM300,000 untuk golongan B40 dan M40
Beberapa pihak daripada institusi kewangan juga akan terlibat bagi membantu menguruskan permohonan pembiayaan pinjaman, iaitu suatu yang sering jadi masalah kepada mereka yang berhasrat membeli rumah.
Kempen Pemilikan Rumah untuk semua pembeli antarabangsa, bukan China sahaja - Zuraida
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hari ini mengulangi pendiriannya bahawa cadangan Kempen Pemilikan Rumah bagi rumah mewah yang tidak terjual, terbuka kepada semua pembeli antarabangsa