Kempen 'Pemilikan Rumah Mampu Milik (HOC): Affordable Homes' yang memberi fokus kepada penjualan rumah bernilai bawah RM300,000 khusus bagi golongan B40 dan M40, merupakan antara inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menawarkan peluang kepada mereka untuk membeli rumah, bagi yang belum memilikinya.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata beberapa pihak daripada institusi kewangan juga akan terlibat dengan kempen itu bagi membantu menguruskan permohonan pembiayaan pinjaman, iaitu suatu perkara yang sering menjadi masalah kepada mereka yang berhasrat membeli rumah.
"KPKT sedang berusaha mencari jalan bagaimana (cara) bagi membolehkan golongan B40 dan M40 ini mendapat laluan yang mudah, supaya dapat dipertimbangkan bank untuk membiayai pinjaman perumahan mereka.
"Semua sudah maklum bahawa isunya sekarang adalah berkaitan kemudahan mereka mendapatkan pinjaman dari bank," katanya ketika berucap di majlis Pra-Pelancaran HOC: Affordable Homes di KL Sentral pada Isnin.
Penganjuran HOC selama tiga hari yang dijadualkan bermula pada 4 Oktober di NU Sentral, Kuala Lumpur itu juga disasar untuk menjadi satu platform bagi memperkukuh, dan menyelaras pelaksanaan strategi serta pelan tindakan dalam menangani isu kebolehcapaian pemilikan rumah.
Sementara itu, ketika ditanya berhubung sasaran KPKT untuk jualan unit rumah dalam kempen tiga hari itu, Zuraida berkata beliau yakin 80 peratus akan terjual daripada keseluruhan kediaman bernilai RM2 bilion yang ditawarkan pada kempen itu nanti.
"Sekitar 10,500 (unit rumah) kita akan pamerkan (pada kempen itu). Sasaran, saya kira kita boleh capai sekurang-kurangnya 80 peratus," katanya.
Beliau berkata 42 petak ruang pameran terlibat dalam kempen itu yang meliputi pavilion agensi kerajaan, pemaju perumahan swasta dan institusi kewangan serta khidmat nasihat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 23 2019

Zuraida yakin 80 peratus akan terjual daripada keseluruhan kediaman bernilai RM2 bilion yang ditawarkan pada kempen HOC itu nanti. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.