Dalam usaha merancakkan semula pasaran hartanah, kerajaan memperkenalkan insentif cukai dengan mengembalikan semula Kempen Pemilikan Rumah.
Melalui kempen tersebut, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman.
"Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus oleh pihak pemaju," katanya dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Selain itu, Perdana Menteri berkata Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah turut diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021.
Jelas beliau, pengecualian tersebut akan dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.
"Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya yang bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70 peratus daripada nilai rumah, semasa tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan.
Selain itu, katanya pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus kepada kereta penumpang import turut diberikan.
Katanya, pengecualian cukai tersebut akan bermula bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020.
Hasimi Muhamad
Fri Jun 05 2020

Melalui kempen tersebut, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pasaran hartanah dijangka kembali aktif - Penganalisis
Pasaran hartanah negara dijangka kembali aktif susulan Kempen Pemilikan Rumah yang diperkenalkan semula oleh kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Tiada pemberian status warganegara kepada pembeli rumah program MM2H - Wan Azizah
Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan hanya bercadang menawarkan visa selama 10 tahun kepada bakal pembeli mengikut syarat tertentu.