KE mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Itulah perumpamaan yang jelas menggambarkan bertuahnya Ummi Umairah yang dikurniakan bakat nyanyian yang luar biasa.
Darah seni yang pekat mengalir dalam tubuhnya menjadikan dia cukup istimewa dan semakin menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat.
Umairah yang lebih mesra disapa Umai merupakan anak saudara penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Lalu, tidak hairanlah kenapa suara Umai saling tidak ubah seperti buah hati kesayangan Malaysia itu.
Tidak hanya darah seni ibu saudara yang diwarisi, Umai juga sangat beruntung kerana ibunya juga adalah seorang penyanyi.
Siti Nursairah Tarudin merupakan adik Siti Nurhaliza dan dia juga pernah merakamkan beberapa buah lagu sekitar beberapa tahun dahulu.
Pada usia lapan tahun, Umai dilihat berpotensi besar untuk mewarisi sejarah kegemilangan ibu saudaranya dalam gelanggang seni.
Dalam satu perbualan dengan Siti Sairah, Astro AWANI diberitahu, bakat menyanyi dalam diri Umai bukanlah atas bimbingan keluarga.
Sebaliknya, kata Siti Sairah, minat dan keinginan menyanyi hadir sendiri dalam diri Umai.
"Saya tidak pernah ajar, tidak pernah dedah dan tidak pernah paksa Umai untuk jadi penyanyi. Dia sendiri yang suka menyanyi," kata Siti Sairah dalam temubual dengan Astro AWANI.
Melihat minat bersungguh-sungguh serta kecemerlangan bakat seni Umai menyebabkan Siti Sairah tidak mampu menghalang anaknya untuk melebarkan karier nyanyian walaupun dalam masa sibuk dengan persekolahan.
"Syarat utama buat Umai ialah dia harus fokus pada pelajaran. Nyanyian hanya untuk isi masa lapang. Keutamaan harus diberikan pada sekolah. Saya tidak mahu dia mengabaikan pelajarannya," kata Siti Sairah mengenai anaknya yang belajar di sebuah sekolah Cina di Kuantan, Pahang.
Penglibatan Umai dalam bidang nyanyian semakin terserlah berikutan penyertaanya dalam program Ceria Megastar Ministar.
Setiap minggu beraksi, tumpuan penonton padanya semakin meningkat kerana kemerduan suara serta aksi persembahannya saling tidak ubah seperti Siti Nurhaliza.
Mengakui Siti Nurhaliza berbangga dengan pencapaian Umai, Siti Sairah berkata, kakaknya itu tidak terlepas memberi sokongan buat si cilik itu.
"Kak Siti (Siti Nurhaliza) gembira dan memberi sokongan pada Umai serta menasihati Umai agar sentiasa konsisten dalam menyanyi," ujar Siti Sairah berkongsi nasihat yang dititipkan kakak kesayangannya itu.
Astro Awani
Thu Jul 04 2019
Bukan hanya suara merdu yang diwarisi daripada ibu saudaranya, bahkan wajah comel Ummi Umairah juga seperti Siti Nurhaliza. - Gambar Instagram umairah_sairahtarudin
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Kemerduan suara Umairah persis Siti Nurhaliza
Suara saling tidak ubah macam ibu saudaranya, Siti Nurhaliza.