GEORGE TOWN: Kementerian Perpaduan akan menyegerakan dan mewujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara yang merupakan antara anugerah prestij di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kata Menteri berkenaan Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata ketika ini, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) sedang dalam peringkat memuktamadkan kertas cadangan bagi anugerah berkenaan dan berharap ia menjadi realiti pada tahun akan datang.
Aaron berkata kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara akan sentiasa mengutamakan agenda untuk menjadikan muzium sebagai platform integrasi kaum, sesuai dengan fungsinya sebagai penjaga warisan.
"Institusi muzium di Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pembentukan jati diri dan perpaduan masyarakat yang sihat. Identiti Malaysia sememangnya terkenal di peringkat antarabangsa sebagai sebuah negara dengan kepelbagaian.
"Justeru, institusi permuziuman di Malaysia harus memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan dan melindungi khazanah sejarah dan budaya, sekali gus menjadi ejen pengukuhan jati diri rakyat di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Sambutan Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024 peringkat Kebangsaan di Konvesyen Spice Arena dekat sini malam ini.
Majlis penutup HMA 2024 itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan K. Saraswathy dan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid.
Sementara itu, Aaron juga mengumumkan agar Program Bermalam di Muzium yang merupakan program tradisi JMM sejak 2007 melibatkan pelajar sekolah di seluruh negara, diluaskan kepada belia hingga umur 30 tahun pada tahun ini.
Beliau berkata program terbabit akan dilaksanakan pada 30 hingga 31 Ogos bagi kategori pelajar, manakala kategori belia pada 12 hingga 13 Okt ini serta menyasarkan penglibatan 30 muzium berbanding 25 muzim pada tahun lepas.
Beliau berkata Festival HMA merupakan program di bawah inisiatif Citra Nusa@Muzium yang merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kesedaran terhadap khazanah warisan negara dalam kalangan generasi muda.
HMA 2024 berlangsung selama 12 hari bermula 13 hingga 22 Mei di Dewan Sri Pinang, GeorgeTown dekat sini, menyaksikan penyertaan daripada 38 agensi, institusi dan muzium serta menarik kunjungan 200,000 pelawat secara fizikal dan dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Aaron berucap pada Majlis Penutup Sambutan Festival HMA Peringkat Kebangsaan malam ini. - Gambar Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 70,000 bahan prasejarah ditemukan di tapak pembinaan empangan hidroelektrik Neggiri
Khazanah warisan dan bahan prasejarah termasuk membawa keluar 16 rangka, peralatan batu, tembikar dan lain-lain.

Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.

Cadang wujud Muzium Boria pamerkan sejarah seni persembahan tradisi Pulau Pinang
Akademi Boria cadang wujudkan muzium khusus bagi menyimpan segala khazanah dan sejarah berkaitan seni persembahan tradisi Pulau Pinang itu.

Kementerian Perpaduan bakal wujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara
Kementerian Perpaduan akan menyegerakan dan mewujudkan Anugerah Tokoh Khas Permuziuman Negara yang merupakan antara anugerah prestij di bawah Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.

Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Reezal: Silat warisan berharga yang perlu dipertahankan
Silat dijulang dan diangkat sebagai benteng pertahanan negara yang ketiga.

'Walaupun saya dianggap bencana paling besar buat orang Melayu...' - Kit Siang
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata sokongan perlu terus diberikan terhadap penggiat sastera dan seni untuk memastikan warisan negara itu terus hidup.

Kenapa menteri Jamaica menangis, menyanyi lagu Bob Marley dalam sidang UNESCO?
Reggae, yang dikenali sebagai wadah mempromosi keamanan dan kasih sayang, berasal dari Kingston, Jamaica sekitar tahun 1960-an.

149 warisan kebangsaan diumum minggu hadapan
Karya Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee adalah antara 149 warisan negara yang akan dipulihara.