KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir mewartakan pelaksanaan plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menggantikan pelekat kenderaan untuk golongan itu, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong berkata inisiatif baharu itu mampu memastikan penguatkuasaan akan lebih telus dan mudah dilakukan terhadap penyalahgunaan fasiliti tempat letak kenderaan OKU oleh masyarakat.
"Kementerian Pengangkutan juga dalam perancangan mewujudkan kod amalan terbaik bagi menyantuni golongan OKU serta menyambut baik cadangan one pass for all purposes (satu pas untuk pelbagai tujuan). Pihak kementerian akan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut sekiranya terdapat keperluan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada persidangan Dewan Negara di sini.
Bagi memastikan pengangkutan awam mesra OKU turut disediakan di kawasan pedalaman dan luar bandar, beliau berkata kementerian berkenaan melalui Jawatankuasa Pengangkutan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi OKU (MKBOKU) mengadakan audit secara berkala setiap tahun bagi menambah baik fasiliti dan perkhidmatan sedia ada.
Sementara itu, Henry berkata kementeriannya bersama Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses membangun dan menguatkuasakan sistem baharu penguatkuasaan kenderaan melebihi muatan iaitu 'weigh-in-motion' (WIM).
Beliau menjelaskan menerusi penggunaan sistem WIM, aktiviti penguatkuasaan kenderaan lebih muatan boleh dilaksanakan secara automatik tanpa kenderaan tersebut perlu berhenti.
"Aktiviti penguatkuasaan boleh dilaksana 24 jam sehari dan mengurangkan bebanan serta keperluan ke atas jumlah tenaga manusia iaitu anggota penguat kuasa yang diperlukan di lapangan, seterusnya meningkatkan keberkesanan ke atas aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan kepada peraturan jalan raya," katanya.
Pada masa sama, Henry berkata sistem tersebut juga boleh mengurangkan implikasi kewangan diperlukan bagi tujuan penyenggaraan jalan yang rosak akibat digunakan kenderaan lebih muatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 20 2021
Kementerian Pengangkutan kini dalam proses akhir mewartakan pelaksanaan plat kenderaan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menggantikan pelekat kenderaan untuk golongan itu. - Gambar hiasan
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Pihak berkepentingan maritim diminta kemuka cadangan lonjak daya saing sektor itu
Kementerian Pengangkutan meminta peserta industri perkapalan dan pihak berkepentingan maritim tampil mengemukakan idea dan cadangan untuk melonjakkan daya saing Malaysia dalam sektor itu.
Kos selenggara lapangan terbang di seluruh negara naik 34 peratus - MOT
MOT berkata MAHB telah membelanjakan sebanyak RM546 juta pada 2023 untuk membiayai kos penyelenggaraan bagi memastikan semua lapangan terbang kendaliannya berkeadaan baik.
Kemajuan kerja projek ECRL di Kelantan capai 79.81 peratus sehingga Mei 2024 - MoT
Ini termasuk struktur jambatan dengan sejumlah 428 daripada 468 rentang bagi tujuan pemasangan rasuk telah siap di jajaran utama.
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Dana sumbangan Agong digunakan untuk inisiatif Kementerian Pengangkutan - Loke
Dana bidaan nombor pendaftaran sebanyak RM1.75 juta yang disalurkan Yang di-Pertuan Agong kepada kerajaan Persekutuan akan digunakan untuk beberapa inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan.
MOT perlu pastikan kontena Israel tidak berlabuh dalam negara - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Pengangkutan perlu memastikan tiada mana-mana kontena syarikat perkapalan berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Loke umum peruntukan RM50,000 kepada Jawatankuasa Bersama Sambutan Wesak
Loke berkata dana itu sebagai sokongan dan penghargaan beliau terhadap sumbangan masyarakat Buddha di negara ini.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.