LAHAD DATU: Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan satu kertas kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet menteri berkaitan keperluan meningkatkan kemudahan Internet di semua sekolah di negara ini, agar selari dengan pelaksanaan pendigitalan pendidikan.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata proses penyediaan kertas kerja itu kini di peringkat akhir dan turut membabitkan pandangan semua pihak dalam kementerian.
"Dalam konteks ini kita mahu melaksanakan satu rangkaian internet di sekolah yang lebih meluas, sekarang, Internet di sekolah hanya ada di tiga tempat disediakan iaitu bilik sekolah, pusat sumber dan pejabat sekolah, namun begitu apabila kita bercakap tentang pendigitalan pendidikan perkara paling penting adalah untuk memastikan akses Internet sekolah lebih meluas khususnya dalam kawasan bilik darjah, asrama dan seluruh sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Felda Digital Maker Hub- Coding and Robotic (FDMH) di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4, Felda Sahabat dekat sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Felda Tan Sri Idris Jusoh.
Radzi berkata proses menaik taraf Internet membabitkan lebih 10,000 sekolah di negara ini akan memerlukan satu perbelanjaan cukup besar bernilai berbilion ringgit.
"Semoga usaha ini mendapat sokongan dan diluluskan kelak, " katanya.
Sementara itu ketika berucap, beliau memuji usaha dan komitmen Felda mewujudkan landskap pendidikan digital di luar bandar dengan pelaksanaan FDMH yang dilaksanakan di 19 sekolah kebangsaan di kawasan rancangan Felda setakat ini dan memberi manfaat kepada 3,483 murid sekolah.
"Dalam tempoh dua tahun setengah ini, saya harap semua 270 sekolah di dalam kawasan rancangan Felda terlibat FDMH," katanya.
Dalam pada itu, Idris berkata pelaksanaan inisiatif FDMH akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM4.05 juta yang akan diperoleh melalui kaedah penajaan oleh pertubuhan bukan kerajaan(NGO) serta individu bagi menyemarakkan penglibatan komuniti dalam pendidikan generasi baharu Felda.
"Penajaan ini adalah bagi menyediakan kelengkapan asas robotik dengan kos RM15,000 bagi sebuah sekolah.
Inisiatif ini akan menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum yang akan dijalankanmelalui kelab robotik sekolah dan mampu menjadi platform untuk meningkatkankecemerlangan murid," katanya.
Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan bertanggungjawab memastikan pelaksanaan aktiviti itu dapat dijalankan dengan baik manakala Felda akan menyediakan latihan kepada guru reka bentuk dan teknologi yang terlibat, bagi memastikan penyampaian dan pelaksanaan aktiviti kepada murid-murid dapat dibuat secara berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 11 2022

Radzi (kanan) menyempurnakan simbolik pelancaran Felda Digital Maker Hub Coding & Robotic di Sekolah Kebangsaan Sahabat 4 hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kementerian Pendidikan siapkan kertas kerja tingkat internet sekolah - Radzi
Proses penyediaan kertas kerja itu kini di peringkat akhir dan turut membabitkan pandangan semua pihak dalam kementerian.