Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini menafikan dakwaan bahawa Pharmaniaga memonopoli bekalan ubat-ubatan ke kemudahan kesihatan awam.
Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Pharmaniaga bertindak sebagai satu-satunya monopoli pemegang konsesi tunggal kerana terdapat juga vendor lain yang membekalkan secara langsung ubat-ubatan kepada semua kemudahan kesihatan MOH.
"Sektor awam menguruskan pemerolehan ubat-ubatan menerusi dasar dan arahan Kementerian Kewangan melalui pembelian oleh 1) tender negara; 2) perjanjian konsesi; dan 3) pembelian terus oleh kemudahan kesihatan individu (hospital, klinik)," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Dr Dzulkefly merujuk kepada artikel dalam talian bertajuk Badan Pemikir Gesa Kerajaan Kaji Semula Peranan Pharmaniaga" berhubung peranan syarikat itu dalam membekalkan ubat-ubatan kepada kemudahan kesihatan awam.
Beliau berkata bahawa pada 2017, perbelanjaan Kementerian untuk ubat-ubatan dan barang-barang guna habis ialah sekitar RM3.3 bilion.
Dr Dzulkefly berkata kira-kira 33.4 peratus atau RM1.1 bilion daripada perbelanjaan Farmaseutikal kementerian adalah dari syarikat konsesi, manakala 66.6 peratus atau RM2.2 bilion adalah pembelian oleh kemudahan melalui kontrak atau sebut harga pusat.
Beliau juga menjelaskan kenyataan dalam kenyataan itu mengenai pemerolehan produk farmaseutikal dengan menyatakan proses tersebut dilakukan melalui tender
"Prosedur ini termasuk spesifikasi produk dan teknikal oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan proses pemilihan produk oleh lembaga pemerolehan di kementerian," katanya.
Menurut Dr Dzulkefly, peranan Pharmaniaga dalam proses tender adalah terhad untuk menguruskan iklan bagi proses membida sementara proses pemilihan produk diuruskan oleh Kementerian Kesihatan.
"Hasil proses tender, 89 pembekal lain dipilih pada 2017," kata beliau.
Di bawah mandat baharu, Kementerian Kesihatan komited untuk mengamalkan ketelusan dalam kontrak ini dan berlaku adil kepada semua pembekal pasaran melalui peluang lebih besar dan tawaran yang kompetitif.
"Pada masa ini, Kementerian dalam proses mengkaji keseluruhan rantaian bekalan, isu-isu permingtaan dan bekalan dalam usaha mewujudkan ketelusan yang lebih baik, penjimatan kos dan kecekapan dalam ketersediaan bekalan," katanya.
Beliau berkata makanisme yang lebih kompetitif yang adil dan saksama kepada semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang untuk memenuhi kepentingan terbaik kepada pesakit dan rakyat.
"Mekanisme ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat," kata Dr Dzulkefly.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018

Menurut Dr Dzulkefly, peranan Pharmaniaga dalam proses tender adalah terhad untuk menguruskan iklan bagi proses membida sementara proses pemilihan produk diuruskan oleh Kementerian Kesihatan.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan.

Isu kenaikan elaun 'on call' pegawai perubatan dibincang Jumaat ini - Dr Dzulkefly
Doktor perubatan dijangka mendapat berita baik berhubung pembayaran kenaikan elaun 'on call' dalam masa terdekat.

KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.

Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.

Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.

KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.