Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mengkaji semula dasar pemberian lesen bot perikanan laut dalam susulan pihaknya mendapati terdapat sebilangan pemiliknya melanggar peraturan
perikanan negara dengan menjual hasil tangkapan ke negara jiran.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sudah tiba masanya pemegang-pemegang lesen itu dipertanggungjawabkan kerana mereka telah diberi keizinan menangkap khazanah negara dan sewajarnya membawa pulang tangkapan mereka supaya rakyat negara ini mendapat manfaat selain harga ikan menjadi lebih murah.
"Saya akan tengok secara terperinci tentang dasar terutama pemberian lesen-lesen laut dalam yang pada suatu ketika dahulu adalah relevan.
"Peringkat awalnya kita beri lesen itu agar ia dapat berkembang di negara ini dengan cara mereka pergi menangkap ikan dan mendaratkan ikan dalam negara ini.
"Sekarang ini, timbul isu ikan ini tidak didaratkan dalam negara kita kerana mereka lebih berminat menjual ikan ke negara jiran yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Fiesta Perikanan 2015 di perkarangan Akademi Perikanan Malaysia, Chendering di sini pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Datuk Azizan Mohamad Sidin, Ketua Pengarah Perikanan Datuk Ismail Abu Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad.
Menurutnya harga diesel di negara ini yang tidak lagi murah juga merupakan antara faktor ramai pemilik bot laut dalam sudah berkurangan datang berlabuh dan mendaratkan ikan di negara ini.
Ahmad Shabery berkata pihaknya turut mendapati terdapat pemilik bot memajak atau menyewakan permit dan lesen mereka kepada nelayan warga asing untuk menangkap ikan di perairan negara sebelum menjual sebahagian tangkapan ikan ke tempat lain.
"Jadi ini juga antara perkara yang perlu dilihat dan dapatkan data yang terperinci. Sekiranya ia berterusan, kita mesti menghentikan ia dahulu dan kemudiannya barulah kita lihat kepada kegiatan yang bersifat pencerobohan.
"Kalau kita nak (asyik) fikir bertindak, (harus diingatkan) penguatkuasaan memakan kos yang sangat tinggi," katanya.
Menurutnya agensi terlibat seperti Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih terdapat kekangan dalam pengerahan aset bagi melakukan operasi pemantauan kerana negara ini mempunyai pantai yang panjang.
Sementara itu dalam usaha menangani masalah pencerobohan nelayan asing mengaut perikanan negara, pihaknya berpendapat suatu dasar yang bersifat pencegahan mesti dilihat secara serius antaranya menenggelamkan kapal-kapal penceroboh.
"Sebelum ini pernah ada bot asing yang ditangkap dan ditenggelamkan. Ini adalah pilihan yang saya kira perlu dipertingkatkan pada masa akan datang setelah melihat semua perkara termasuk dalam pengeluaran lesen," katanya.
Pada majlis itu, Ahmad Shabery turut melancarkan pasukan Sukarelawan Perikanan (Super) peringkat kebangsaan yang menyasarkan keanggotaan 5,000 masyarakat nelayan dari seluruh negara menjelang 2018.
Bernama
Sun Nov 08 2015
SHABERY: Saya akan tengok secara terperinci tentang dasar terutama pemberian lesen-lesen laut dalam yang pada suatu ketika dahulu adalah relevan. - Gambar fail
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Maritim Kelantan tahan dua bot tempatan, langgar syarat sah lesen
Dua buah bot nelayan tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan negeri itu semalam dan awal pagi ini.
Pengusaha bot Pulau Perhentian ditawar ambil lesen serendah RM50
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tawaran tersebut diberi hanya sehingga hujung bulan ini dan terhad kepada pengusaha sedia ada sahaja.
Kementerian cadang kaji semula pemberian lesen bot perikanan laut dalam
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bercadang mengkaji semula dasar pemberian lesen bot perikanan laut.
Lesen bot yang dipajak dan disewa kepada nelayan Vietnam akan dibatal - Ismail Sabri
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan membatal serta merta lesen pengusaha bot nelayan tempatan yang memajak dan menyewakan bot mereka kepada nelayan Vietnam.