Kerajaan negeri Terengganu menawarkan bayaran serendah RM50 kepada pengusaha dan pemandu bot pelancong di Pulau Perhentian bagi membolehkan mereka mendapatkan lesen bot yang sah.
Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tawaran tersebut diberi hanya sehingga hujung bulan ini dan terhad kepada pengusaha sedia ada sahaja.
"Saya memberi satu tawaran kepada pengusaha dan pembawa bot yang memberi perkhidmatan ke Pulau Perhentian supaya mereka mengambil peluang sekali ini sahaja yang diuruskan oleh Jabatan Laut.
"Kalau mereka menyertai kursus mengambil lesen ini mereka hanya perlu bayar RM50 dan bakinya akan diberi subsidi oleh kerajaan negeri. Mereka perlu ada lesen...mereka perlu diberi maklumat-maklumat yang patut dan sewajarnya serta memastikan bot mereka mempunyai peralatan keselamatan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama pengusaha chalet di Pulau Perhentian hari ini.
Ahmad Razif berkata, kadar bayaran lesen bot sebenar ialah RM800 dan keputusan sedemikian dibuat bagi mengatasi masalah lambakan pengusaha bot yang tidak berlesen.
Katanya terdapat aduan bahawa ada segelintir pengusaha tidak berlesen ini mengabaikan keselamatan penumpang hingga sanggup menggunakan lampu suluh sahaja pada waktu malam ketika membawa pelancong.
"Pada April sahaja berlaku tiga kemalangan dan kita melihat penyebab utamanya adalah kerana terlampau banyak pengusaha bot sampai 400 lebih pengusaha bot yang ada di sini.
"Jadi yang paling mustahak kita perlu sahkan dulu kerana sudah pasti peraturan-peraturan yang kita hendak kenakan nanti perlu memastikan mereka ini mempunyai kelengkapan-kelengkapan yang sepatutnya," katanya.
Sementara itu, mengenai pemasangan 'water cable' di pulau Perhentian Kecil ke pulau Perhentian Besar, Ahmad Razif berkata ia telah dipersetujui dan dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat melibatkan kos lebih daripada RM46 juta.
Menerusi lawatan kerja Ahmad Razif ke Pulau Lang Tengah dan Pulau Perhentian hari ini, beliau mengesan terdapat beberapa permasalahan di kawasan tersebut seperti pembuangan sampah dan penempatan bot yang merbahaya kepada pelancong.
Katanya, Jabatan Laut telah diarahkan untuk mengenal pasti kawasan sesuai dijadikan pusat meletakkan bot supaya ia tidak mengganggu dan mencederakan mereka yang sedang melakukan aktiviti selam snorkel.
Beliau turut berpuas hati dengan kebersihan dan fasiliti yang ada di kedua-dua pulau ini, dan kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap beberapa perkara yang perlu ditambah baik.
"Lepas ini saya akan ke Pulau Kapas pula kerana kita nak jadikan pulau ini sebagai satu pemangkin yang boleh menarik minat pelancong terutama dari luar negara untuk berkunjung ke Terengganu.
"Bidang pelancongan ini menjadi satu bidang yang perlu diperkasakan dan boleh membantu ekonomi negeri Terengganu kerana kita tidak boleh lagi berharap 100 peratus kepada hasil petroleum.
"Jadi kita perlu memikirkan alternatif lain yang boleh menambahkan pendapatan terutama kepada pendapatan rakyat dan pendapatan negeri," katanya.
Bernama
Mon May 02 2016
Pulau Perhentian adalah antara produk pelancongan Terengganu yang berjaya. - Gambar fail
Titah Adendum: Menteri-menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
ASEAN-Malaysia 2025 [6/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
[TERKINI] Sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Ikuti secara langsung sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Titah Adendum: UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas, adil
UMNO yakin Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi kenyataannya pada Jumaat.
#AWANInews
Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.
Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.
Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.
Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini