Hanya dengan membayar 80 sen, pemenang cabutan bertuah di tapak jualan kendera saji, Ekspo Terengganu 2018 berpeluang membawa pulang seekor kambing bernilai RM800.
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.
Kamaruddin, 38 tahun, yang mengusahakan perniagaan kambing bakar dan sup kambing berkata bagi menyertai cabutan bertuah itu, pengunjung hanya perlu berbelanja sebanyak RM30 di trak makanannya.
"Cabutan pemenang akan dibuat pada hari terakhir ekspo yang mana pemenang bertuah hanya perlu membayar 80 sen untuk menebus kambing yang dimenangi dan sebenarnya, 80 sen ini dipilih sempena tahun kelahiran saya," katanya ketika ditemui Bernama di tapak jualan kendera saji ekspo itu.
Kamaruddin berkata beliau turut menawarkan harga RM1 untuk semangkuk sup kambing.
"Harga makanan yang saya jual juga lebih murah berbanding pasaran biasa untuk memberi peluang kepada semua golongan merasai menu kambing.
"Alhamdulillah, sambutan terhadap jualan kambing bakar dan sup kambing sepanjang ekspo ini sangat menggalakkan yang mana setiap hari saya dapat menjual tiga hingga ekor kambing,"katanya yang akan menyediakan tujuh ekor kambing esok dan Sabtu ini.
Sementara itu, Tinjauan Bernama di sekitar tapak jualan makanan mendapati ratusan pengunjung turut beratur panjang di kendera saji 'Chicken Cottage' milik kerajaan negeri bagi menebus baucar yang diedarkan kepada orang ramai.
Ahad lepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan pengagihan baucar 'Chicken Cottage' bernilai RM10 setiap satu kepada 200,000 pengunjung.
Ekspo yang bertemakan #TerengganuMolekDoh yang bermula Ahad lepas hingga Sabtu ini merupakan penganjuran julung kali kerajaan negeri secara besar-besaran bagi memberi pendedahan kepada rakyat Terengganu mengenai kejayaan dan pembangunan yang telah dilaksanakan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 01 2018

Hanya dengan membayar 80 sen, pemenang cabutan bertuah di tapak jualan kendera saji, Ekspo Terengganu 2018 berpeluang membawa pulang seekor kambing bernilai RM800. -Gambar fail

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tragedi solat Jumaat: Keluarga Rahimi berlepas ke Christchurch
Rosdi berkata dia mahu melihat sendiri keadaan Rahimi dan berharap kehadiran mereka dapat memberi semangat kepadanya.

Jadi pengundi bijak, jangan sampai era kegelapan Terengganu berulang - Najib
Rakyat Terengganu perlu menjadi pengundi yang bijak bersandarkan fakta.

Senarai calon BN negeri Terengganu
Berikut adalah senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.

Bayar 80 sen, bawa pulang kambing berharga RM800
Idea kreatif itu adalah inisiatif Pengusaha Kendera Saji NARIN, Kamaruddin Mohamad, bagi menghargai pelanggan yang berbelanja di kendera sajinya sepanjang seminggu ekspo itu berlangsung.

Amphicoach bakal beroperasi tidak lama lagi - MB Terengganu
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Laut Malaysia sedang membuat penelitian sebelum beroperasi sepenuhnya.

BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.

'Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu dipolitikkan'
Isu Dana Khas Kerajaan Persekutuan tidak perlu lagi dipolitikkan oleh pihak pembangkang yang hanya mahu menjadi juara di mata rakyat.

Keputusan telaga minyak Bertam milik Terengganu atau Pahang diketahui Januari
Pertikaian antara Terengganu dan Pahang mengenai telaga minyak Bertam hanya akan terjawab Januari ini