KUCHING: Kembara Kenali Borneo, satu penjelajahan epik 11 hari yang mencetus fenomena luar biasa, bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Kembara Kenali Borneo mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali, negara ini menyaksikan Ketua Utama Negara mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, tanpa rasa kekok bermesra dengan rakyat pelbagai suku kaum, adat resam dan budaya unik.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai konvoi Kembara Kenali Borneo ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, serta paduka anakanda bukan sahaja berjaya merealisasikan impian Seri Paduka berdua untuk menemui rakyat di pedalaman Sabah dan Sarawak bahkan mendengar luahan dan rintihan rakyat yang dahagakan pembangunan.
Ingin merasai sendiri 'perjalanan kehidupan' rakyat di Negeri di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang, Al-Sultan Abdullah berkenan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer (km) lebih daripada jangkaan asal iaitu 2,154km, merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, menurut Juruiring Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kepada Yang di-Pertuan Agong Brig Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya.
"Tempoh perjalanan Tuanku adalah 87 jam 40 minit secara keseluruhannya masa memandu dalam kereta (selama 11 hari). Ini sangat hebat," katanya semasa temu bual eksklusif bersama Bernama di sini.
Mohamed Zahari, yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Kembara Kenali Borneo berkata, objektif utama bagi merealisasikan impian Seri Paduka berdua tercapai setelah hasrat pasangan diraja itu untuk meluangkan masa serta merasai sendiri kehidupan dan keunikan budaya penduduk di Sabah dan Sarawak dipenuhi menerusi pelbagai program dan acara yang diadakan.
"Saya rasa berbalik kepada objektif masa hendak memulakan Kembara Kenali Borneo ini iaitu menelusuri Lebuhraya Pan Borneo, kemudian merasai makanan tempatan dan bertemu rakyat. Paling hebat adalah saya rasa majlis bertemu rakyat sehinggakan Seri Paduka berdua amat gembira dan terharu dengan sambutan diberikan rakyat Sabah dan Sarawak," katanya.
Berangkat sama dalam kembara di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.
Sebelum itu, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana berangkat bagi penjelajahan kembara di Sabah yang berakhir pada 7 Sept, sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei pada 9 Sept.
Kembara Kenali Borneo bermula dari KM 0 di Tawau, Sabah pada 3 Sept menamatkan pengembaraan di KM 0 di Telok Melano, di selatan Sarawak, pada Khamis, memahatkan pelbagai memori manis yang sukar dilupakan terutamanya sambutan luar biasa diberikan penduduk di kedua-dua negeri terhadap Seri Paduka berdua serta delegasi.
Petugas Bernama yang mengikuti Kembara Kenali Borneo menyaksikan sendiri kemeriahan rakyat meraikan keberangkatan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan 'pesta lambaian' daripada penduduk di Sabah dan Sarawak sentiasa mewarnai suasana di bahu jalan sepanjang perjalanan Seri Paduka berdua bersama rombongan dari pagi hingga ke malam mahupun cuaca panas atau hujan.
Selain 'Daulat Tuanku', ungkapan 'We love you, Tuanku' dan 'Terima kasih, Tuanku' sentiasa mengiringi serta menggamit suasana sepanjang perjalanan Kembara Kenali Borneo dan lebih mencuit rasa ialah semua yang setia menunggu itu berada di tepi jalan lima jam lebih awal untuk menyaksikan keberangkatan Seri Paduka berdua melalui kawasan mereka.
Biarpun menunggu lama, Mohamed Zahari berkata kebanyakan mereka meluahkan perasaan gembira serta berbaloi dapat melihat Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dengan lebih dekat kerana ia merupakan kali pertama dan satu-satunya peluang bagi penduduk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak bertemu dengan pasangan diraja itu.
Menandakan betapa rakyat menyanjungi pasangan diraja itu, Mohamed Zahari Yahya menyifatkan fenomena 'lautan manusia' di setiap lokasi penganjuran majlis dalam kembara itu menggambarkan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah merupakan ikon yang disayangi seluruh rakyat kerana keperibadian Seri Paduka berdua yang mesra rakyat dan mudah didekati.
Malah beliau berkata semua anakanda turut mempunyai keperibadian yang sama seperti Seri Paduka berdua dan keperibadian kerabat diraja ini harus dicontohi semua rakyat Malaysia.
Mohamed Zahari yang telah berkhidmat sebagai juruiring kepada Yang di-Pertuan Agong selama lebih empat tahun itu mengakui pihaknya tidak menjangkakan sambutan yang sebegitu rupa sehingga ada tempat persinggahan tidak mengikut seperti di dalam jadual atau terpaksa tidak dihadiri.
Beliau berkata kemesraan dan keramahan penduduk di Sabah dan Sarawak menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri adalah satu memori manis yang sukar dilupakan Seri Paduka berdua serta delegasi Kembara Kenali Borneo.
"Benar-benar teruja dan sangat menyentuh hati dapat menyaksikannya, kita tak kenal mereka siapa tetapi mereka adalah rakyat Malaysia dan ini adalah satu semangat di Malaysia yang perlu ada selaras semangat Malaysia MADANI... kehangatan diberikan oleh mereka dapat dirasai oleh kami semua," katanya.
Beliau berkata, penduduk di Sabah dan Sarawak bertuah dapat merasai sendiri keperibadian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang amat prihatin mengenai masalah infrastruktur dihadapi penduduk di Sabah dan Sarawak sehinggakan Seri Paduka berdua terbuka mendengar dan mencatat sendiri aduan dan keluhan mereka.
"Apa sahaja aduan diberikan oleh rakyat, Tuanku ambil dan akan menyerahkannya kepada setiausaha sulit baginda. Raja Permaisuri juga mencatat apa sahaja diutarakan rakyat dan Tuanku pernah bertitah akan membawa permasalahan dihadapi rakyat Sabah dan Sarawak kepada kerajaan," katanya dan yakin bahawa Kembara Kenali Borneo membawa limpahan rezeki buat penduduk di Sabah dan Sarawak.
Mengakhiri sesi temu bual, Mohamed Zahari menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat menjayakan Kembara Kenali Borneo terutamanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak, serta pelbagai agensi berkaitan dan kerajaan Brunei ketika delegasi diraja bermalam di negara itu pada 7 dan 8 Sept.
"Tetapi paling berterima kasih sekali adalah kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Rakyat menjadikan kami lebih bersemangat setiap hari (sepanjang Kembara Kenali Borneo)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak. - Gambar BERNAMA
Pentas Gegar Vaganza beri peluang penyanyi 'discover' perkara baharu - Shila Amzah
-Pentas Gegar Vaganza Beri Peluang Penyanyi Discover Perkara Baharu- - Shila Amzah
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.
Agong, Raja Permaisuri istimewa di hati rakyat Sabah - Hajiji
Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan sentiasa terpahat di sanubari rakyat Sabah.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
'Masih rindu, harap orang Borneo juga rindu orang Pahang' - Agong
Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa pengalaman sepanjang meyertai Kembara Kenali Borneo masih meninggalkan kesan kepada Seri Paduka Baginda sekeluarga.
PM beri jaminan selesaikan petisyen rakyat Sabah dan Sarawak
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memastikan kesemua petisyen rakyat Sabah dan Sarawak yang dipersembah kepada YDP Agong diselesaikan sebaik mungkin.
Gelagat anakanda Agong curi perhatian, jom kenali kekanda, adinda Tengku Hassanal
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 Sept 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.
Agong, Permaisuri dukacita tidak dapat singgah santuni rakyat di beberapa lokasi
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan dukacita kerana tidak dapat singgah di beberapa lokasi semasa program Kembara Kenali Borneo.
Kembara Kenali Borneo manifestasi semangat raja dan rakyat berpisah tiada
Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada raja tetapi juga keprihatinan raja terhadap rakyat dan kehidupan di Sabah dan Sarawak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 September 2023.
Kembara Kenali Borneo jadi anjakan agenda pembangunan di Sabah, Sarawak - Fadillah
Kembara Kenali Borneo (KKB) sewajarnya dijadikan anjakan serta batu loncatan agenda pembangunan di Sabah dan Sarawak ke arah penambahbaikan yang lebih baik berbanding sebelumnya, kata Timbalan Perdana