SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini mengesahkan kematian seorang ketua jururawat di negeri itu adalah disebabkan COVID-19 dan bukan kesan sampingan suntikan vaksin COVID-19.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata semakan mendapati ketua jururawat berkenaan adalah seorang pesakit kanser yang dalam tempoh cuti sakit selama dua tahun.
"Beliau telah ditawarkan untuk mengambil vaksin COVID-19 pada 17 Feb lepas namun menolak dengan alasan risau dengan kesan sampingan vaksin tersebut. Bagaimanapun, beliau kemudiannya mendaftar dalam MySejahtera serta memberi kebenaran secara sukarela dalam borang kebenaran mendapatkan suntikan vaksin COVID-19," katanya.
Dr Sha'ari berkata ketua jururawat itu menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech pada 23 Julai lepas dan mengalami gejala demam 12 hari selepas mengambil vaksin namun tidak mendapatkan rawatan untuk gejala itu.
"Beliau mengalami kesukaran bernafas di rumah kediaman beliau dan dibawa oleh ambulan ke hospital pada 7 Ogos iaitu 16 hari selepas suntikan vaksin.
"Setibanya di hospital, beliau dirawat sebagai pesakit suspek COVID-19 kategori 5 dan keputusan ujian RTK Antigen beliau kemudian didapati positif," katanya.
Katanya, pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan namun keadaannya semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Ogos lepas.
Beliau berkata saringan kontak rapat mendapati terdapat dua ahli keluarga turut disahkan positif COVID-19.
"Pihak hospital mengesahkan pesakit meninggal dunia disebabkan oleh COVID-19 dan bukannya akibat kesan sampingan vaksinasi COVID-19," katanya.
Pada 22 Oktober lepas, tular di media sosial satu video berkenaan dakwaan seorang ketua jururawat di Selangor yang meninggal dunia akibat daripada suntikan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021

Dr Sha'ari berkata semakan mendapati ketua jururawat berkenaan adalah seorang pesakit kanser yang dalam tempoh cuti sakit selama dua tahun. - Gambar/ Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Ketua Jururawat rugi RM16,000 ditipu Macau Scam menyamar LHDN
Mangsa yang berusia 47 tahun itu didakwa mempunyai tunggakan cukai berjumlah RM200,000.

Kes bunuh Siti Kharina: Lelaki warga Nigeria dihukum mati bunuh Ketua Jururawat
Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap warga Nigeria selepas didapati bersalah membunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin pada Mei

Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina
Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan prosiding perbicaraan dijalankan pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 Sept depan.

Kes bunuh Siti Kharina: Polis selesai siasatan, tunggu pendakwaan
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata polis menyerahkan kepada pihak pendakwa raya bagi menentukan masa untuk mendakwa suspek.

Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.

Kewujudan rumah sewa Ketua Jururawat Siti Kharina tidak dimaklumkan awal - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin perkara itu hanya diketahui selepas pihaknya menerima laporan daripada pemilik rumah sewa berkenaan mengenai penemuan mayat.