KUALA LUMPUR: Ketibaan pelancong asing ke Malaysia tahun lalu mencatatkan sejumlah 4.3 juta pelancong, iaitu jatuh 83.4 peratus berbanding 26.1 juta pada 2019.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, situasi penyusutan pertumbuhan sektor pelancongan itu tidak hanya kepada Malaysia sahaja, sebaliknya turut dialami negara lain, khususnya di Asia.
"Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO), Asia dan Pasifik merekodkan penyusutan ketibaan pelancong sebanyak 84 peratus.
"Negara jiran Malaysia di rantau ASEAN turut merekodkan penurunan jumlah pelancong yang ketara, termasuk Thailand (-83.2 peratus), Singapura (-85.7 peratus), Vietnam (-78.7 peratus) dan Indonesia (-75 peratus), berdasarkan data Persatuan Pelancongan Pasifik Asia (PATA) dan Pertubuhan Pelancongan Nasional (NTO)," memetik kenyataan itu.
Tourism Malaysia turut memaklumkan kadar pendapatan negara daripada sektor pelancongan juga telah merudum 85.3 peratus apabila hanya meraih RM12.69 bilion tahun lalu berbanding RM86.14 bilion pada 2019.
Malah, purata perbelanjaan per kapita untuk sektor pelancongan yang direkodkan Malaysia tahun lalu adalah RM2,928, iaitu penurunan 11.3 peratus berbanding RM3,300 pada 2019.
Astro Awani
Wed Mar 10 2021
![Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81549453815_TBPELANCONGx.jpg)
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698960007_AnthonyLoke.jpg)
Loke gesa syarikat penerbangan, pengendali lapangan terbang berkembang di luar pasaran tradisional
Peserta industri diharap giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turki.
![Sarawak catat ketibaan 1.3 juta pelancong sehingga April Sarawak catat ketibaan 1.3 juta pelancong sehingga April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684825760_Kuchingsarawak.jpg)
Sarawak catat ketibaan 1.3 juta pelancong sehingga April
Kementerian optimis dalam mencapai sasaran ketibaan pelancong tahun ini sehingga 3 juta, yang dijangka boleh menjana perolehan sehingga RM7.25 bilion.
![Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648571065_BangkokThailand.jpg)
Thailand mansuh ujian COVID-19 ketika ketibaan bermula 1 Mei
Thailand terus melonggarkan syarat kemasukan dengan membatalkan ujian RT-PCR bagi ketibaan antarabangsa untuk individu lengkap vaksinasi mulai 1 Mei.
![Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633251709_NancyShukriKampun.jpg)
Gelembung pelancongan Langkawi: 38,748 ketibaan pelancong direkodkan - Nancy
Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah, mencapai kejayaan membanggakan selepas merekodkan ketibaan 38,748 pelancong dan menjana pendapatan lebih RM15 juta sejak dibuka pada 16 Se
![Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81549453815_TBPELANCONGx.jpg)
Kemasukan pelancong asing 2020 jatuh 83.4 peratus - Tourism Malaysia
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan kejatuhan itu disebabkan oleh penutupan pintu masuk negara susulan penularan wabak COVID-19.
![Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81608370530_PelanconganPelanJa.jpg)
Pengusaha pelancongan di Langkawi perlu kreatif tarik pelancong luar musim
Inisiatif seperti menawarkan pakej pelancongan pada kadar harga lebih rendah kepada pelancong tempatan boleh dibanyakkan, memandangkan sempadan negara masih ditutup akibat pandemik COVID-19.