KUALA LUMPUR: Penubuhan Yayasan Akalbudi adalah khusus untuk membuat kerja amal jariah, dan tujuan-tujuan memenuhi tuntutan agama, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, idea berkenaan tercetus sekitar tahun 1990-an berikutan pendapatan yang diterimanya setiap bulan mencecah RM120,000, namun, hanya sebahagian kecil daripada jumlah itu diperuntukkan untuk kegunaan diri dan keluarga.
Selebihnya, kata Presiden UMNO itu lagi, disalurkan sebagai sedekah, wakaf, infaq dan aktiviti amal jariah bagi tujuan-tujuan agama serta kebajikan.
“Pada ketika itu, saya memperoleh pendapatan lebih kurang RM120,000 sebulan dan saya hanya menggunakan lebih kurang RM30,000 hingga RM40,000 bagi kegunaan diri dan keluarga saya.
“Bakinya saya gunakan untuk sedekah, wakaf, infaq dan aktiviti amal jariah bagi tujuan-tujuan agama serta kebajikan.
“Atas dasar untuk melakukan kerja amal jariah dan tujuan-tujuan agama inilah saya telah menubuhkan satu yayasan yang dinamakan sebagai Yayasan Budi (kemudian dikenali sebagai Yayasan Akalbudi) pada tahun 1997,” katanya lagi.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian sewaktu membaca keterangan bersumpahnya setebal 27 mukasurat, dari tempat duduk saksi, yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas.
Media sebelum ini melaporkan Ahmad Zahid akan menjawab 47 pertuduhan yang dihadapi beliau membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi (YAB)
Beliau memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal tertuduh semasa pemeriksaan balas
Pada 24 Januari lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Ahmad Zahid membela diri atas 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 untuk pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Sequerah berkata, pihak pendakwaan telah membuktikan semua unsur dalam kesemua pertuduhan dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh.
Terdahulu Ahmad Zahid menerangkan, penubuhan yayasan tersebut adalah sewaktu beliau berkhidmat dalam dunia korporat antara lain sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Kretam Holding Bhd, Tekala Corporation Bhd, Ramatex Bhd dan Seng Hup Bhd.
Beliau berkata, tujuan penubuhan Yayasan Budi yang kemudian dinamakan sebagai Yayasan Akalbudi adalah bagi melaksanakan kerja-kerja keagamaan dan kebajikan bagi semua golongan yang memerlukan, dan tidak tertumpu hanya kepada penduduk kawasan Parlimen Bagan Datuk semata-mata.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa sahaja untuk menggunakan dana-dana Yayasan Akalbudi bagi tujuan-tujuan peribadinya.
“Perbelanjaan dan tanggungan Yayasan Akalbudi ditanggung oleh saya secara peribadi. Saya juga menyatakan bahawa Yayasan Akalbudi ini adalah suatu amanat dari ayahanda dan ibunda saya yang saya pegang sehingga ke hari ini,” katanya lagi.
Ketika menerangkan mengenai pendapatan yayasan tersebut, Ahmad Zahid berkata, pada peringkat awal, beliau sendiri menyumbangkan sebahagian besar daripada gaji dan simpanannya, termasuk keuntungan dan penjualan saham sejak bergiat aktif dalam dunia korporat.
Katanya lagi, Yayasan Akalbudi tidak ditubuhkan untuk memegang suatu amanah mana-mana pihak secara spesifik.
“Ianya terbuka kepada sesiapa yang memerlukan dan penukaran nama Yayasan Budi kepada Yayasan Akalbudi itu bertujuan untuk mengembangkan lagi capaian yayasan tersebut termasuk untuk membuat sekolah-sekolah tahfiz, pusat pendidikan agama dan bukan agama serta apa-apa aktiviti lagi amal jariah yang boleh dilaksanakan.
“Oleh itu, secara umumnya, Yayasan Akalbudi menerima masuk segala bentuk sumbangan, dana daripada mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan bagi tujuan kebaikan dan amal jariah,” katanya lagi.
Ahmad Zahid juga berkata, Yayasan Akalbudi tidak pernah sama sekali meminta tetapi hanya mempromosikan kepada mana-mana individu mahupun syarikat bahawa mereka boleh menyumbang dana kepada Yayasan Akalbudi.
Namun, jelasnya lagi, Yayasan Akalbudi tidak pernah sama sekali menyekat dan menghalang mana-mana pihak daripada menyumbang kepada badan tersebut.
Firdaus Azil
Wed Apr 13 2022
Penubuhan Yayasan Akalbudi adalah khusus untuk membuat kerja amal jariah dan tujuan agama, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Gambar fail Astro AWANI
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.