KUALA KANGSAR: Rekod pergigian digunakan untuk pengecaman identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara awal pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti.
"Buat masa sekarang, pihak hospital cuba menggunakan rekod pergigian untuk membuat perbandingan dengan gigi mayat.
“Sekiranya terdapat persamaan, maka identiti mereka boleh dikenal pasti," katanya di sini, hari ini.
BACA: Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS
BACA: Kereta 5 mangsa rentung dirempuh dari belakang, tersepit di antara dua treler - Polis
Beliau berkata, proses bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa telah selesai dan hanya menunggu pengesahan rekod pergigian sebelum jenazah dibawa pulang oleh waris untuk urusan pengebumian.
Bagaimanapun kata beliau, sekiranya kaedah pengecaman melalui rekod pergigian tidak berjaya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilakukan, yang memerlukan lebih masa.
"Oleh itu, waris setiap keluarga telah memberikan sampel untuk ujian DNA yang akan dihantar ke Jabatan Kimia di Cheras untuk dianalisis,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS.
Mangsa yang terlibat ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 13 2022
![Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652435364_HondaCity.jpg)
Dalam kejadian awal pagi Khamis, lima pelajar USAS itu maut selepas terlibat dalam kejadian kebakaran kereta dan treler di Kilometer 245.2 PLUS. - Gambar/ Bernama
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Jiwa SME: Kejayaan lebih 30 tahun dalam industri penternakan kambing
Osman Goat Farm, yang dimiliki oleh Osman Cheya Kutty dari Johor Bahru, telah bertahan lebih dari tiga dekad dalam industri penternakan. Dengan dedikasi dan inovasi, Osman Goat Farm telah membuktikan bahawa kesungguhan dan strategi yang tepat adalah kunci kejayaan dalam industri penternakan. Produk berkualiti tinggi dan teknologi terkini terus menjadi asas kepada kejayaan.
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721095061_XherdanShaqiri.jpg)
Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Kemalangan maut penuntut USAS: Identiti tiga lagi jenazah dikenal pasti Kemalangan maut penuntut USAS: Identiti tiga lagi jenazah dikenal pasti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652411664_BedahSiasat.jpg)
Kemalangan maut penuntut USAS: Identiti tiga lagi jenazah dikenal pasti
Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti.
![Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652435364_HondaCity.jpg)
Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah
Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti.
![Kemalangan maut penuntut USAS: Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi Kemalangan maut penuntut USAS: Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652412509_IbuBapaMangsa.jpg)
Kemalangan maut penuntut USAS: Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik PM, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad.