KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, awal pagi semalam.
Sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad, kepada waris tiga mangsa yang masih berada di Hotel Casuarina di sini.
Syed Mohd Fazmi berkata, Perdana Menteri sangat prihatin dengan tragedi yang menimpa kelima-lima penuntut berkenaan.
“Beliau mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terlibat dan beliau juga telah mengarahkan supaya tindakan segera diambil.
“Kita telah berhubung dengan pihak berkaitan untuk disegerakan dari segi pengecaman dan juga, insya-Allah, kalau boleh diselesaikan pada hari ini juga untuk dihantar ke kawasan masing-masing untuk tujuan pengebumian,” katanya selepas melawat keluarga itu di sini, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perak dan pihak USAS yang banyak membantu urusan keluarga mangsa.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar turut menziarahi keluarga mangsa.
Beliau turut menyerahkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.
Dalam kemalangan awal pagi Khamis, lima penuntut USAS rentung dalam nahas melibatkan dua lori dan satu kereta itu.
Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 tahun, dari Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 tahun, dari Kemaman, Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23 tahun, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 tahun, dari Batu Caves Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20 tahun, dari Parit Buntar Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 13 2022

Syed Mohd Fazmi (kanan) menyantuni waris kepada penuntut USAS yang terkorban dalam nahas di Lebuhraya PLUS pada awal pagi Khamis, di Hotel Casuarina, Ipoh, hari ini. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.

Agong kurnia sumbangan peribadi 25,000 kampit beras kepada asnaf
Berdasarkan hantaran melalui akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu dikurniakan kepada asnaf di sekitar Kuala Lumpur.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Nahas Elmina: YDP Agong sampaikan sumbangan peribadi kepada waris mangsa
Sumbangan itu disampaikan ketika kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang pada Ahad.

Agong beri sumbangan peribadi kepada waris anggota Tentera Darat maut kemalangan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya.

Kemalangan maut penuntut USAS: Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik PM, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad.

Agong berkenan beri sumbangan peribadi kepada waris anggota TLDM
Yang di-Pertuan Agong berkenan memberikan sumbangan peribadi kepada waris dua anggota TLDM yang maut akibat kemalangan jalan raya Rabu lepas.

KBS beri sumbangan peribadi kepada Kasma Daniel, bukan penajaan
Badan induk itu tidak pernah mencampuri urusan melibatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan pasukannya, OneXOX TKKR SAG Team yang bersaing dalam Kejuaraan Dunia Moto2.

'Rupa-rupanya Cik Puan memang jelita orangnya' - Pesakit terpegun dengan isteri Tengku Mahkota Kelantan
Tengku Mahkota dan isteri meluangkan masa lebih satu jam melawat 67 pesakit di Wad Puteri dan Anggerik sambil mengurniakan zakat dan sumbangan peribadi kepada pesakit.