KUALA KANGSAR : Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, identiti mereka disahkan melalui rekod pergigian ketika proses pengecaman di Hospital Taiping.
Menurutnya, ketiga-tiga mereka ialah Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor; Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor.
“Identiti ketiga-tiga mayat telah disahkan berdasarkan perbandingan dengan rekod pergigian dari klinik dan institut pergigian lain,” katanya di sini, malam ini.
BACA: Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah
BACA: Kemalangan maut penuntut USAS: 2 daripada 5 jenazah rentung dikenal pasti
BACA: Lima mangsa rentung disahkan pelajar USAS
Menurut beliau, kesemua jenazah dijangka diserahkan kepada waris selepas selesai proses pengecaman mayat malam ini.
Semalam indentiti dua jenazah penuntut USAS yang turut rentung dalam kemalangan tersebut telah dikenalpasti.
Dua jenazah itu ialah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Kemaman, Terengganu dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.
Jenazah Ahmad Akmal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Hijau, Kampung Kedah, Parit Buntar pada pukul 11.20 malam tadi manakala jenazah Ahmad Naim Najmi di Tanah Perkuburan Kijal, Chukai, Terengganu pada Jumaat pagi.
Jenazah Muhammad Nabil Haikal, Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasnun akan disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS sebelum dibawa pulang ke kampung masing-masing untuk dikebumikan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 13 2022
Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti. - Foto Sinar Harian
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Kemalangan maut penuntut USAS: Identiti tiga lagi jenazah dikenal pasti
Identiti tiga lagi jenazah penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara awal pagi Khamis, telah dikenal pasti.
Kemalangan maut penuntut USAS: Guna rekod pergigian kenal pasti identiti 3 lagi jenazah
Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, rekod pergigian digunakan berikutan keadaan jenazah yang sukar dikenal pasti.
Kemalangan maut penuntut USAS: Perdana Menteri hulur sumbangan peribadi
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik PM, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohamad.