KUALA LUMPUR: Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, yang dijadual bersidang bermula 9 Okt ini, kata Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu berkata pembentangan laporan kemajuan projek LCS di bawah Kementerian Pertahanan pada 9 Okt itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023.
Beliau berkata selain laporan LCS, pihaknya juga akan membentangkan laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang dijadual pada 11 Okt.
"Manakala, pembentangan bagi Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Personal Protective Equipment serta Laporan Menteri Kewangan (Diperbadankan) - FELCRA Berhad pula masih belum ditetapkan tarikh," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat akan berlangsung dari 9 Okt hingga 30 Okt.
Mas Ermieyati berkata PAC juga akan mengadakan lawatan kerja bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul ke tapak pembinaan projek LCS di Lumut, Perak bagi meninjau kemajuan projek itu pada 5 Okt ini.
Beliau berkata lawatan itu bagi memberi pencerahan kepada Johari, berhubung laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua LCS sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat pada tarikh yang telah ditetapkan.
"PAC berharap Tan Sri Johari Abdul mempertimbangkan supaya Laporan PAC berhubung Kemajuan Projek Pembinaan LCS dibahaskan di Dewan Rakyat selepas dibentangkan," katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata hari ini PAC telah selesai mengadakan prosiding keempat bagi isu Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan PPE.
Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan kerjasama semua saksi dan akan memasukkan keterangan serta penjelasan saksi ke dalam Laporan PAC berhubung isu tersebut untuk dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat kelak.
Hadir memberi keterangan ialah Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Kang Siong, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Dr Chen Chaw Min, Setiausaha Bahagian (Perolehan dan Penswastaan) KKM Mohd Fauzee Abd Majid dan bekas Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad Datuk Farshila Emran.
Sementara itu, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata PAC akan menyambung prosiding berhubung isu FELCRA Berhad yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 bagi mendapatkan keterangan dan penjelasan daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan syarikat WZR Group Datuk Mohmad Isa Hussain sebelum memuktamadkan laporan mengenai perkara tersebut.
"PAC telah mendengar keterangan dan penjelasan daripada dua bekas Pengerusi FELCRA Berhad iaitu Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Bung Mokhtar Raden pada 18 Sept (Isnin) berhubung isu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695284836_DATUKMASERMIEYATI.jpg)
Mas Ermieyati berkata, pembentangan laporan kemajuan projek LCS di bawah Kementerian Pertahanan pada 9 Okt itu adalah bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023. - Gambar fail
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719987501_TBMasErmieyati.jpg)
Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing diguna lebih enam tahun tanpa kontrak – PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengenal pasti berlaku pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing dan pembaziran wang awam.
![1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim 1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713330691_Najibjpg.jpg)
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
![PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711525343_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
![KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM), yang berjaya mendapatkan bayaran balik RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.
![Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710853633_TBMASERMIEYATI.jpg)
Sekolah daif: PAC beri dua bulan untuk KPM laksana empat syor
PAC memberi tempoh dua bulan kepada KPM untuk menjawab dan melaksanakan empat syor yang telah diberikan berhubung isu sekolah daif, sebelum dipanggil semula untuk prosiding tindakan susulan.
![Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
![PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710853633_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
![Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702103442_KhaledNordin.jpg)
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
![Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709786785_TBMasErmieyati.jpg)
Rizab negatif: PAC akan panggil LTAT, tidak tolak panggil Menteri Pertahanan
PAC amat bimbang dengan kedudukan kewangan LTAT selepas pendedahan daripada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).
![PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709184450_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC bimbang pembinaan LCS lewat 86 hari
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyatakan kebimbangan terhadap pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang terus mengalami kelewatan.