KUALA LUMPUR: Usahawan kedai gunting rambut, tekstil dan kedai emas yang sebelum ini menghadapi masalah susulan pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor itu menyatakan kesediaan memberikan latihan kepada warga tempatan bagi mengisi keperluan pekerja sektor berkenaan.
Penolong Setiausaha Persatuan Pemilik Gaya Rambut Salun India Malaysia (Mindas) M Meenaq Kumar berkata pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meluluskan sebahagian permohonan bagi mendapatkan pekerja asing bagi sektor itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi melancarkan urusan perniagaan.
"Pengumuman Perdana Menteri tempoh hari untuk meluluskan sebahagian permohonan itu sangat bagus, misalnya kedai saya perlukan dua orang untuk 'bernafas', jadi kalau sebahagian, satu orang tempatan satu pekerja asing jadi kami boleh berikan mereka (pekerja tempatan) latihan yang diperlukan.
"Bagi kami memang tiada masalah sebab sebelum ini kami memang menggaji pekerja tempatan dan beri latihan tetapi apabila sudah lama dan mahir mereka akan dapat tawaran yang lagi bagus atau dah cukup modal mereka pula akan jadi usahawan, jadi untuk atasi ini, kami perlukan tenaga kerja asing untuk bantu jalankan perniagaan kami," katanya ketika dihubungi Bernama.
Meenaq yang menyambut baik pengumuman itu berkata ia memberikan kelegaan kepada kesemua usahawan berkaitan setelah 14 tahun pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor terbabit yang dikuatkuasakan sejak tahun 2009.
Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan meluluskan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing bagi tiga sektor itu namun, beliau meletakkan syarat agar golongan belia tempatan diberikan latihan bagi mengisi keperluan tenaga kerja, melibatkan tiga sektor berkenaan.
Berkongsi sentimen sama Setiausaha Agung Persatuan Tekstil India dan Kedai Runcit (MITA) Maheswary Ramasamy turut menyatakan kesediaan untuk memberikan latihan kepada pekerja tempatan bagi membantu mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga luar.
"Kami memang sudi melatih pekerja tempatan...macam sektor tekstil, kami tidak memerlukan kemahiran yang tahapnya terlalu tinggi.
"Sebagai contoh, barang-barang kami diimport dari India, jadi mereka cuma perlu tahu untuk perkahwinan barang apa yang diperlukan, atau untuk kematian dan sebagainya, kami menjual pakaian tradisional jadi ilmu itu memang sudah ada," katanya.
Malaysian Indian Goldsmith Jewellers Association (MIGJA) Datuk Abdul Rasull Abdul Razak pula berkata pada masa ini pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai perkara itu dan menunggu keputusan Kabinet yang akan membincangkan perkara itu secara lanjut.
Abdul Rasull berkata ia kerana sektor berkenaan melibatkan modal yang tinggi dan tenaga kerja mahir membabitkan bayaran gaji yang tinggi mencecah RM15,000 seorang.
"Kami tunggu dahulu keputusan, kalau semua okay, kemudian kami akan rangka program atau apa-apa yang bersesuaian untuk melatih mereka (pekerja tempatan) ini, kita tiada masalah," katanya.
Beliau turut berpandangan pengumuman Perdana Menteri berkenaan juga dibuat tepat pada masanya kerana ia mampu menyelamatkan usahawan emas daripada gulung tikar disebabkan kekurangan tenaga kerja mahir.
"...pekerja yang mahir pun kebanyakan umur sudah lanjut dan ada yang telah meninggal...jadi anak-anak mereka tak berminat nak kembangkan perniagaan, lebih berminat untuk bekerja dengan kerajaan, ini antara sebab pengumuman ini dapat membantu kami," katanya.
Beliau berkata perusahaan emas amat memerlukan tenaga kerja mahir terutamanya dari India atau Sri Lanka kerana ia berkait dengan trend terkini berdasarkan permintaan pelanggan yang menginginkan rekaan yang unik dan menarik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Menteri Sumber Manusia V Sivakumar (tengah) ketika membuat tinjauan ke premis perniagaan kedai emas susulan pengumuman kelulusan sebahagian permohonan pengambilan pekerja asing, di Little India Jalan Tengku Kelana, Klang, 5 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Pemeriksaan mengejut timbangan sawit mulai 2025, lindungi pekebun kecil - Johari
Johari berkata ini juga sejajar dengan usaha menangani isu berkaitan aduan pekebun kecil mengenai wujudnya perbuatan memanipulasi timbangan.
Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia pada usia 105 tahun
Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II telah meninggal dunia pada usia 105 tahun.
LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.
Kestabilan politik dan kerjasama antara negara antara fokus ASEAN - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia pengerusi ASEAN pada 1 Januari depan.
Penumpang Azerbaijan Airlines kongsi detik cemas
Salah seorang penumpang Azerbaijan Airlines, Subhonkul Rakhimov mendakwa mendengar dentuman kuat ketika pesawat itu menghampiri destinasinya di Grozny, selatan Rusia.
Putin mohon maaf, ucap takziah kepada keluarga mangsa
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu menghubungi Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev berkenaan kemalangan pesawat Azerbaijan Airlines di Kazakhstan minggu ini, menyampaikan permohonan maaf dan ucapan takziah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (28 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 29 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar
Anwar menegaskan bahawa beliau akan memberi keutamaan kepada kerjasama yang berkesan untuk mengukuhkan perpaduan di rantau ini, selain meletakkan keterangkuman dan kemampanan di barisan hadapan.
65 peratus syarikat di Jepun gaji pekerja asing, atasi kekurangan buruh
Pekerja asing diambil bekerja dengan jangkaan mereka akan menunjukkan prestasi yang baik atau lebih baik berbanding kakitangan Jepun.
Caruman KWSP pekerja asing dapat kurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar
Beralih kepada mesin dan manfaatkan automasi sekali gus dapat mengurangkan kos operasi, pada masa sama memperkasa keupayaan tenaga kerja warganegara.
Korea Selatan putuskan terima 207,000 pekerja asing bukan profesional pada 2025
Penerimaan itu adalah di bawah program yang bertujuan menangani kekurangan tenaga kerja dalam sektor seperti pertanian dan perikanan.
Kerajaan kaji mekanisme terbaik pelaksanaan caruman KWSP pekerja asing
Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing untuk tangani isu gaji - Amir Hamzah
Cadangan caruman KWSP terhadap pekerja asing bertujuan menangani isu gaji di Malaysia, memastikan pekerja tempatan turut mendapat manfaat.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Perkeso lancar Ops Kesan Pekerja Asing 2024 di seluruh negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Pekerja Asing 2024 secara serentak, melibatkan 54 pejabat Perkeso di seluruh negara.
Imigresen Sabah hantar pulang 24 warga China ke negara asal
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang 24 warga China ke negara asal melalui penerbangan secara terus dari Lapangan Terbang Tawau ke Guangzhou, China semalam.
24 PATI warga China diusir keluar dari Sabah
Program pemindahan tahanan PATI kali ini melibatkan 24 tahanan lelaki berusia antara 31 tahun sehingga 64 tahun.