KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB kerana beliau memegang tiga jawatan penting di dalam syarikat itu.
Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata adalah menjadi amalan , malah sebelum beliau menyertai syarikat itu kesemua perkara perlu dikemukakan kepada Najib, yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat (CBOA) 1MDB sebelum sebarang projek boleh diambil 1MDB.
"Ia merupakan amalan dalam 1MDB untuk setiap perkara dirujuk kepada Najib dahulu. Sebenarnya, ia merupakan keputusan seorang individu yang membuat semua keputusan ini," kata Loo.
Bagaimanapun, peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata terdapat perbezaan antara ketiga-tiga peranan anak guamnya dan Loo sebagai peguam seharusnya tahu bahawa Najib selaku CBOA tidak boleh membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
"Sebaliknya, anda dengan sengaja tidak mengendahkannya sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk memperdayakan 1MDB," kata Muhammad Shafee.
Loo tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee dan menegaskan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta CBOA merupakan individu sama dan satu kelulusan daripada beliau merupakan kelulusan daripada ketiga-tiga peranan yang dimainkannya pada ketika itu.
Ketika menyertai 1MDB, ia sudah menjadi amalan dan kami bergantung kepada penasihat kesetiausahaan syarikat profesional. Jika mereka mempunyai pandangan berbeza mereka akan melakukannya seperti itu," katanya.
Mengenai soalan lanjut daripada peguam itu, Loo tidak bersetuju dengan testimoni oleh bekas pengurus bank Goldman Sachs Tim Leissner ketika perbicaraan kes 1MDB Roger Ng di mahkamah New York mengenai bagaimana beliau merupakan komponen utama yang menghubungkan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho kepada syarikat itu.
Muhammad Shafee: Adakah anda sedar anda dilantik pada asasnya hanya untuk membuat dokumen yang tidak sah di sisi undang-undang menjadi sah?
Loo: Saya tidak sedar.
Muhammad Shafee kemudian membaca petikan daripada testimoni Leissner di mahkamah New York dan menyatakan Loo tidak gembira dengan jumlah wang yang akan diterimanya daripada 1MDB kerana ia tidak mencukupi, dan Loo berkata beliau tidak bersetuju terhadap sebarang kenyataan itu.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Datuk Collin Sequerah bersambung.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir untuk perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.