"Kami tidak pernah tahu Aiman seorang pemain bola sepak yang penting dan hebat di sekolah" itu kata ibu Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, yang ditemukan lemas di anak Sungai Selangor di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini.
Menceritakan peribadi anaknya itu, Noraini Omar, 48 berkata Muhammad Aiman seorang yang merendah diri dan kurang bercerita tentang pencapaiannya kepada keluarga.
Katanya sejak kecil anak keempat daripada tujuh beradik itu gemar bermain bola sepak selain mempunyai hobi menunggang basikal.
"Dia (Aiman) memang budak yang baik, semua orang di flat kami cakap dia memang baik... dia anak yang tak pernah melawan cakap.
"Saya tidak tahu langsung dia ke sana (lokasi kejadian) bersama kawan-kawan pada hari itu," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.
Semalam jurulatih pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Wan Mohd Firdaus Wan Abdullah berkata berkata Muhammad Aiman dan rakannya Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12 yang turut lemas dalam kejadian, merupakan dua penyerang terbaik bola sepak sekolah itu.
Sementara itu, bapa Muhammad Aiman, Kamarul Ariffin Osman, 45 berkata dia bersyukur jasad anaknya ditemui selepas dua hari pencarian dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Syukur kepada Allah memudahkan urusan pencarian hari ini namun saya terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk berkhatan pada cuti sekolah ini," katanya.
Mayat Muhammad Aiman ditemukan oleh orang awam pada pukul 1.15 tengah hari di tebing sungai itu kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian.
Terdahulu, mayat seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, ditemukan di tebing sungai kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang Jumaat lepas, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika sedang menangguk ikan di sungai itu.
Seorang daripada mereka selamat manakala tujuh lagi lemas.
Selain Muhammad Aiman dan Muhammad Ikhwan, lima mangsa lain ialah pasangan adik-beradik Shahrizat Abdullah, 12 dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9; Muhammad Iskandar Shah Abdullah, 12 dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. -- Bernama
Bernama
Sun Mar 19 2017
Anggota keluarga kedua-dua mangsa lemas meratapi pusara anak mereka selepas upacara pengkebumian jenazah Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, dan Mohd Ikwan Mohd Ridwan, 10, di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, hari ini. - Foto Bernama
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Tak dapat ikut piawaian keselamatan antara faktor pusat tahfiz tidak berdaftar - Zahid
Tidak dapat mengikuti syarat dan piawaian keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan antara faktor masih banyak pusat tahfiz di negara ini yang tidak berdaftar.
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan
Siasatan awal mendapati kedua-dua si mati berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari.
Lapangan terbang di California terbakar
Namun, lapangan terbang kecil berkenaan tidak melibatkan sebarang operasi kapal terbang komersil.
Warga emas, cucu dilapor hilang ketika ke kebun durian
Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun bersama cucunya yang berusia 12 tahun dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke kebun durian di Bukit Buluh Telur, Kuala Kubu Baharu pada Ahad.
Tiga maut, seorang parah nahas BMW dengan lori
Mereka diserahkan kepada polis bagi tindakan susulan manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita yang cedera dibawa ke hospital berhampiran
Tindakan pantas bomba kawal kebakaran selamatkan 340 rumah
Dalam kejadian itu, 13 rumah atas air musnah terbakar dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pemilik premis buat renovasi tanpa kebenaran bomba boleh dihukum
Tindakan itu mungkin menjejaskan kecukupan kelengkapan atau pemasangan alat keselamatan kebakaran di sesebuah premis.
Lebih 1,000 kes pokok tumbang sehingga April - Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysian (JBPM) merekodkan 1,085 kejadian pokok tumbang di seluruh negara bagi tempoh empat bulan pada tahun ini.