Keluarga dua rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac lepas merayu supaya pihak berkuasa kedua-dua negara memulakan usaha mengesan mereka secepat mungkin.
Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, dan Mohd Shafa Ahmad, 29, dilaporkan dilihat kali terakhir ketika berlepas ke Jakarta menaiki pesawat AirAsia pukul 2 petang, 30 Mac lepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang.
Hamidah Kordi, 65, ibu kepada Kamarol Arifin berkata sebelum ini anaknya tidak pernah gagal memaklumkan keluarga di mana dia berada dan sehubungan itu beliau amat risau sekiranya mereka berdepan "perkara buruk".
"Sepatutnya anak saya dan kawannya balik (daripada Jakarta) Ahad malam tapi tak balik-balik... hati risau, mana tahu mereka ditimpa kesusahan sebab tak pernah macam ni (tidak memaklumkan tempat dituju)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Hamidah, sebelum ke Jakarta untuk menonton konsert, Kamarol Arifin dan rakannya itu amat ceria dan dilihat tidak sabar-sabar untuk menjejakkan kaki buat pertama kali ke Indonesia.
Kamarol Arifin, seorang penghantar surat dan rakannya, Mohd Shafa, juruteknik di Klang merancang ke Jakarta bersama enam rakan lain namun kedua-dua mereka terpaksa berlepas melalui penerbangan dua jam lebih awal daripada kumpulan itu kerana tiket habis semasa tempahan dibuat Februari lepas.
Bagaimanapun, kumpulan enam rakan itu dilaporkan gagal mengesan Kamarol Arifin serta Mohd Shafa sepanjang berada di Jakarta setelah kedua-dua mereka turut gagal mendaftar di hotel tempat mereka menginap.
Sementara itu, kakak Mohd Shafa, Darwina Ahmad, 32, berkata kedua-dua keluarga telah membuat laporan kepada polis, Wisma Putra dan Jabatan Imigresen pada Isnin lepas apabila mereka gagal pulang ke tanah air seperti dijadualkan.
Menurutnya adik lelakinya itu berpengalaman ke luar negara termasuk atas urusan kerja dan sepatutnya tidak menghadapi masalah berkunjung ke negara jiran kali ini.
"Laporan sudah dibuat dan jika mereka tidak dapat dikesan juga, kami bercadang ke Jakarta bagi mencari mereka berdua ," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017
Kakak kepada dua mangsa, Junaina Mohamad Darus (kanan) dan Darwina Ahmad, menunjukkan gambar Kamarol Arifin (kanan) dan Mohd Shafa (kiri) yang dilaporkan hilang di Jakarta sejak 30 Mac lepas ketika ditemuramah di rumahnya hari ini. -- fotoBERNAMA
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Taufan tropika Trami ragut 46 nyawa, 20 lagi hilang di Filipina
Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.
Taufan Helene: Hampir 100 orang masih hilang di Carolina Utara
Seramai 92 orang masih hilang atau tidak ditemukan di Carolina Utara ketika negeri di Amerika Syarikat (AS) itu menangani kesan daripada Taufan Helene.
Nelayan hilang selepas terjatuh dari bot
Seorang nelayan warga tempatan dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot yang dinaiki bersama rakannya di perairan Batu Laut pada Isnin lepas.
Polis mohon bantuan kesan Zuzina Abine, hilang sejak Jumaat
Polis sedang mengesan seorang wanita Orang Asli dari Kampung Bring Lama, Pos Pasik di sini yang hilang sejak Jumaat lepas.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pakistan cari tiga pendaki Rusia yang hilang
Pihak berkuasa Pakistan meneruskan operasi mencari pada Ahad untuk menyelamatkan tiga pendaki Rusia yang hilang di Gasherbrum IV.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Polis mohon bantuan kesan remaja 14 tahun hilang sejak 25 Mei lalu
Remaja itu berketinggian 155 sentimeter dengan berat kira-kira 42 kilogram dan berkulit warna kuning susu.