SEREMBAN:Keluarga Nora Anne Quoirin telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Koroner Seremban yang memutuskan kematian remaja perempuan Ireland-Perancis itu disebabkan oleh peristiwa malang.
Peguam keluarga mendiang di Malaysia, Louise Azmi, berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, Jumaat lalu.
“Permohonan ini meminta hakim menyemak semula keputusan kematian remaja berusia 15 tahun itu disebabkan oleh peristiwa malang yang disampaikan Koroner Mamoonah Aid pada 4 Jan lalu.
“Kami akan memaklumkan media mengenai tarikh pendengaran kes selepas ia ditentukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Prosiding inkues itu diadakan bagi menentukan punca kematian remaja yang bermula sejak 24 Ogos hingga 10 Disember tahun lalu membabitkan seramai 48 saksi termasuk ibu bapa remaja berkenaan, Meabh Jaseprine Quoirin dan Sebastien Quoirin.
Nora Anne, didapati hilang pada 4 Ogos 2019 sehari selepas beliau dan keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di pusat peranginan di Pantai, Seremban, di sini.
Pada 13 Ogos, iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah terletak kira-kira 2.5 kilometer dari pusat peranginan yang beliau dan keluarganya menetap, susulan operasi pencarian besar-besaran oleh pihak berkuasa berkaitan.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja itu, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), tidak mempunyai unsur jenayah dan mangsa disahkan pihak berkuasa kesihatan meninggal dunia akibat pendarahan usus disebabkan kebuluran serta tekanan berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 08 2021

Pada 13 Ogos, iaitu 10 hari selepas Nora Anne dilaporkan hilang, mayatnya ditemukan berhampiran sebatang anak sungai di sebuah lurah. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Keluarga Nora Anne fail permohonan semakan keputusan koroner
Peguam keluarga mendiang di Malaysia, Louise Azmi, berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban, Jumaat lalu.

Inkues Nora Anne ditangguhkan 14 Sept - Koroner
Prosiding inkues bagi mencari punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban ditangguhkan ke 14 Sept.

Inkues: Rakaman CCTV papar Nora Anne boleh berjalan seperti manusia normal
Mohd Nor Marzukee berkata, rakaman CCTV yang diperoleh daripada KLIA 3 Ogos tahun lepas menunjukkan Nora Anne berjalan dari balai ketibaan menuju ke tempat menunggu.

Inkues: Tingkap vila penginapan Nora Anne boleh dibuka dari luar - Saksi
Haanim menjelaskan bahawa vila diinap keluarga itu berkonsepkan terbuka, namun tingkap perlu dibuka bagi pengudaraan selain untuk memastikan suhu di dalam tidak panas.

Inkues kematian Nora Anne bermula 24 Ogos
Koroner Maimoonah Aid turut menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh lawatan ke lokasi kejadian.

Lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki yang membuat ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Polis nafi bawa keluarga Nora Anne jumpa kumpulan agama
Polis hari ini menafikan laporan media antarabangsa kononnya pihaknya telah membawa ibu bapa Nora Anne Quoirin, berjumpa dengan kumpulan agama.

Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara - Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya, termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara.

Mayat Nora Anne sudah dituntut keluarga
Mayat Nora Anne dibawa keluar pada pukul 12.42 malam daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Ja'afar Seremban selepas semua urusan dokumentasi diselesaikan.

Nora Anne: Punca kematian akibat kebocoran usus - Polis
Mohamad berkata Nora Anne mungkin telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai dan tiada tanda-tanda perbuatan jenayah selain remaja itu tidak dirogol.