Seorang saksi prosiding inkues bagi menentukan punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin memberitahu Mahkamah Koroner di sini remaja itu boleh berjalan seperti manusia normal semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Saksi ketiga, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar dalam prosiding di hadapan Koroner Maimoonah Aid, yang memasuki hari ketiga hari ini berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 3 Ogos tahun lepas, tarikh remaja dan keluarganya tiba di Malaysia, menunjukkan Nora Anne berjalan dari balai ketibaan menuju ke tempat menunggu.
BACA: Inkues: Tingkap vila penginapan Nora Anne boleh dibuka dari luar - Saksi
BACA: Nora Anne: Punca kematian akibat kebocoran usus - Polis
Berikut adalah transkrip soal jawab di Mahkamah Koroner:
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad: Pada hari kelapan, tidak terfikirkah nak luaskan skala pencarian?
Mohd Nor Marzukee: Hari kelapan, pada sebelah petang kami berkumpul semula selepas mendapat maklumat video diambil di KLIA oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah bahawa mangsa orang hilang dilihat dapat berjalan seperti mana manusia normal pada umur tersebut.
Koroner Maimoonah: Video dirakam di KLIA waktu keluarga sampai?
Mohd Nor Marzukee: Ya, video di KLIA, dia berkumpul menunggu seseorang sampai, lepas itu dia tarik beg keluar dari KLIA dan dapat dilihat dengan jelas dia boleh berjalan seperti mana manusia normal pada umur 15 tahun.
Koroner Maimoonah: Setakat hari kelapan, kerja-kerja pencarian berdasarkan maklumat diberi keluarga?
Mohd Nor Marzukee: Betul.
Mohd Nor Marzukee yang menjadi Komandan Operasi dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne berkata ketika video berkenaan ditayangkan, turut sama menyaksikannya ialah Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu Datuk Mazlan Mansor serta rombongan, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed di bilik taklimat di Balai Polis Pantai pada 1.30 tengah hari, 11 Ogos.
Katanya, sebelum dimaklumkan mengenai perkembangan baharu itu, beliau telah memberikan taklimat berkenaan operasi SAR kepada Mazlan selain melawat lokasi kejadian di The Dusun serta bertemu keluarga Nora Anne.
Muhamad Iskandar: Siapa yang beritahu mengenai rakaman itu?
Mohd Nor Marzukee: Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dan DSP Chong Mei Chey (pegawai perhubungan pertama kepada keluarga Nora Anne) yang dapatkan video tersebut dari KLIA.
Muhamad Iskandar: Kamu tengok?
Mohd Nor Marzukee: Ya.
Mohd Nor Marzukee berkata berikutan rakaman berkenaan, Mazlan telah mengarahkan operasi SAR diperluaskan dari empat ke enam kilometer kepada 20 kilometer meliputi Gunung Berembun.
Muhamad Iskandar: Boleh terangkan ketika taklimat apa yang berlaku?
Mohd Nor Marzukee: DSP Chong mainkan video itu, semasa video itu dimainkan, kami berulang kali melihat mangsa bergerak ke tempat menunggu... video dimainkan DSP Chong banyak kali menunjukkan orang hilang boleh berjalan seperti manusia atau orang normal yang berumur 15 tahun seperti mana umur mangsa.
Pada prosiding itu, mahkamah turut ditayangkan dua klip video ketibaan Nora Anne yang memakai baju berwarna putih dengan menarik beg berwarna ungu di KLIA sebaik tiba bersama keluarga di sini, pada 3 Ogos 2019.
Terdahulu pada prosiding berkenaan juga, Mohd Nor Marzukee memberitahu mahkamah bahawa keluarganya memaklumkan mangsa hanya mampu berjalan sejauh 20 kaki (enam meter) dan memerlukan sokongan pihak lain.
Ditanya Muhamad Iskandar apa yang akan berlaku sekiranya mangsa berjalan lebih daripada 20 kaki, saksi berkata: “Sekiranya jalan berseorangan tanpa dibantu orang lain, mangsa akan jatuh kerana mangsa boleh berjalan 20 kaki dalam keadaan ketidakseimbangan badan”.
Prosiding inkues di hadapan Koroner Maimoonah Aid itu dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula Isnin lepas hingga Jumaat ini dan bersambung semula pada 1 hingga 4 Sept.
Seramai 64 saksi akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas dia dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berwajib.
Laporan awal bedah siasat menyatakan kematian remaja berkenaan yang merupakan golongan istimewa tidak mempunyai unsur jenayah dan remaja itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan berpanjangan.
Prosiding inkues bersambung 2.30 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Mohd Nor Marzukee (kanan) bersama Muhamad Iskandar hadir di Mahkamah Koroner Seremban untuk prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian Nora Anne, 25 Ogos, 2020. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

4,000 langkah sehari kurangkan risiko kematian awal
Lebih daripada 2,300 langkah pula sudah mencukupi untuk memberi manfaat kepada jantung dan saluran darah.

Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.

Inkues: Rakaman CCTV papar Nora Anne boleh berjalan seperti manusia normal
Mohd Nor Marzukee berkata, rakaman CCTV yang diperoleh daripada KLIA 3 Ogos tahun lepas menunjukkan Nora Anne berjalan dari balai ketibaan menuju ke tempat menunggu.

Gagal berjalan 180,000 langkah sebulan syarikat denda pekerja 6 sen
Sebuah syarikat di China dilihat 'keterlaluan' apabila menyaman pekerjanya jika mereka gagal berjalan kira-kira 180,000 langkah sebulan.

Angkat beban lebih baik untuk jantung - Kajian
Satu kajian mendapati aktiviti angkat beban, atau weight lifting, lebih sihat bagi jantung berbanding berjalan atau berlari.

Terima 17 jahitan gara-gara 'kuali terbang'
Wang Juqing dikatakan sedang berjalan pulang ke rumah melalui sebuah kawasan perumahan di wilayah Jingyan apabila secara tiba-tiba sebuah kuali jatuh ke atas kepalanya.

Sediakan RM388 juta untuk melancong ke angkasa lepas
Rusia, buat kali pertamanya, merancang untuk menghantar pelancong ke ISS dan kos perjalanannya ternyata bukan suatu jumlah yang kecil.

Berita Michael Schumacher kembali berjalan tidak benar
Laporan yang mengatakan Michael Schumacher sudah kembali berjalan dilabel sebagai tidak bertanggungjawab oleh pengurus pemandu legenda Formula Satu (F1) itu.

Berjalan selepas setiap hidangan boleh mengelakkan risiko diabetis: kajian
Sekiranya anda berisiko untuk memperoleh diabetis jenis 2, satu kajian mencadangkan untuk berjalan selama 15 minit selepas setiap hidangan untuk mencegah "peningkatan berisiko" kandungan gula.