Remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di hutan di sini ditemukan mati pada Selasa, disahkan meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata Nora Anne mungkin telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai dan tiada tanda-tanda perbuatan jenayah selain remaja itu tidak dirogol.
Beliau berkata demikian kepada media di sini hari ini susulan hasil bedah siasat ke atas mayat Nora Anne yang jasadnya ditemui pada hari ke-10 operasi mencari dan menyelamat besar-besaran yang dilancarkan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Semasa ditanya sama ada terdapat tanda-tanda keganasan pada tubuh atau remaja itu menjadi mangsa penculikan, Mohamad menjawab tidak.
"Hasil bedah siasat dijalankan mendapati remaja itu mati akibat kebocoran usus mungkin akibat tidak ada makanan dalam tempoh yang panjang dan stres berpanjangan," katanya pada sidang media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Mayat Nora Anne ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort penginapan tempat remaja anak istimewa itu dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas keluarganya mendaftar masuk untuk percutian dua minggu dekat sini.
Apa yang menimpa remaja anak istimewa itu, yang bapanya dari Perancis dan ibunya dari Ireland, telah menyentuh hati bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga mereka di luar negara, dengan ramai yang mengucapkan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha pasukan mencari dan menyelamat Malaysia yang bertungkus lumus mencarinya di dalam hutan tebal.
Kes ini juga menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merakamkan dukacita atas kematian Nora Anne.
Seri Paduka berdua turut mengucapkan takziah dan simpati kepada ibu bapa Nora Anne, saudara kandung dan kaum keluarganya.
Proses bedah siasat mayat Nora Anne bermula pagi semalam dan berlarutan sehingga malam tadi, melibatkan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, dibantu pakar dari Jabatan Kimia, dan Jabatan Forensik Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata: "Tidak ada kesan atau tanda Nora Anne dirogol. Tiada koyakan pada selaput dara. Ada sedikit calar-calar dan luka-luka kecil di kaki Nora Anne namun ia tidak menjurus kepada kematian kepada mangsa."
Beliau sekali gus berkata polis akan mengesan pemilik akaun Twitter yang menyebarkan berita kononnya Nora Anne telah dirogol.
Beberapa sampel (tisu) dari tubuh Nora Anne telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut," kata Mohamad.
Ditanya bila mayat Nora Anne akan dituntut, ketua polis negeri itu berkata ia bergantung kepada keluarga mangsa untuk berbuat demikian.
"Tiada tempoh masa sehingga bila mayat boleh dituntut dan mereka (keluarga) boleh tuntut pada bila-bila masa," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata siasatan masih dilakukan mengikut kategori kes orang hilang.
Berhubung laporan mengenai polis Perancis telah membuka siasatan terhadap kes Nora Anne, Mohamad berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.
Namun beliau berkata polis Perancis, Ireland dan England sememangnya membantu polis Malaysia dalam siasatan kes berkenaan.
Nora Anne bersama ibu bapanya, Sebastien Marie Philipe dan Meabh Jaseprine Quoirin tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu dan mendaftar masuk di eko-resort itu pada 3 Ogos, sehari sebelum kehilangannya.
Pada awalnya, keluarga remaja itu yakin Nora Anne dilarikan tetapi polis mengklasifikasikannya sebagai kes orang hilang memandangkan tiada bukti yang menyokong dakwaan tersebut.
Operasi SAR melibatkan pelbagai pihak berkuasa seperti polis, tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pertahanan Awam serta Orang Asli selain pendaki sukarelawan yang melalui pelbagai cabaran memandangkan kawasan terlibat adalah kawasan hutan yang dipayungi pokok-pokok besar dengan bentuk muka bumi berbukit.
Semasa pencarian itu, segala usaha dilakukan, menggunakan helikopter dan dron yang dilengkapi peralatan canggih serta rakaman suara ibunya memanggil remaja itu dengan panggilan manja yang dimainkan melalui pembesar suara sepanjang SAR.
Keluarga Nora Anne juga menawarkan ganjaran RM50,000 kepada mana-mana pihak yang dapat menyalurkan maklumat bagi membantu mengesan gadis itu.
Ketika pencarian giat dilakukan, rakyat Malaysia tidak putus berdoa agar gadis itu ditemui.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 15 2019

Mohamad berkata polis akan mengesan pemilik akaun Twitter yang menyebarkan berita kononnya Nora Anne telah dirogol. --fotoBERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Tular gaduh depan restoran di Ipoh, polis tahan 2 lelaki, cari pemilik akaun Twitter
Polis turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Nora Anne: Punca kematian akibat kebocoran usus - Polis
Mohamad berkata Nora Anne mungkin telah meninggal dunia dua hingga tiga hari sebelum mayatnya dijumpai dan tiada tanda-tanda perbuatan jenayah selain remaja itu tidak dirogol.

Polis Kuala Lumpur terima tiga ancaman bom
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, IED itu ditemui orang awam pada jam 5 petang sebelum polis menerima maklumat pada 10 malam tadi.