IPOH: Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, di sini, seperti yang tular di laman sosial pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata siasatan mendapati isu pembayaran makanan antara pemilik dan pelanggan dipercayai menjadi punca pergaduhan itu.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi di antara pemilik restoran berumur 39 tahun dan pelanggan berumur 38 tahun, atas isu pembayaran makanan.
"Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 160/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu A. Asmadi berkata, pihaknya turut mengesan pemilik akaun Twitter yang berkongsi video itu sambil mendakwa anggota polis yang berada di tempat kejadian tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.
A Asmadi berkata semakan polis mendapati, beberapa individu yang dilihat berpakaian uniform warna gelap di dalam video itu bukan anggota polis, sebaliknya pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Sehubungan dengan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Ipoh mengenai perkara yang tular berkenaan, untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998," katanya.
Terdahulu, satu video berdurasi 1:36 tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan diserang seorang lelaki lain yang keluar dari sebuah restoran, di Ipoh.
Aida Aziz
Tue Apr 20 2021

Siasatan mendapati isu pembayaran makanan antara pemilik dan pelanggan dipercayai menjadi punca pergaduhan itu. - Foto media sosial

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.

Lima ditahan bantu siasatan pergaduhan di Jalan Yap Kwan Seng
Polis menahan lima lelaki hari ini yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Yap Kwan Seng.

Lelaki kritikal selepas ditikam di Jambatan Westminster, London
Seorang lelaki sedang bertarung nyawa selepas ditikam dalam satu pergaduhan ganas di Jambatan Westminster, London, pada lewat pagi Ahad.

17 termasuk dua wanita ditahan bantu kes pergaduhan
Polis menahan 17 individu tempatan termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di hadapan Queen Water Front Q1 Bayan Lepas, semalam.

Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Bertumbuk gara-gara lewat daftar masuk penerbangan
Siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham petugas syarikat penerbangan dengan seorang penumpang.

FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.

Lelaki Nepal maut dalam pergaduhan di asrama pekerja kilang
Polis berkata hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tercetus akibat rasa tidak puas hati disebabkan perbuatan membuat bising.

Penyokong Perak, JDT bergaduh: Polis tahan 8 individu
Seramai lapan individu termasuk remaja diberkas dalam insiden pergaduhan membabitkan penyokong Perak FC dan Johor Darul Ta'zim di Stadium Perak di sini pada Sabtu.

Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Norina Zainol Abidin.