Seorang lelaki yang membuat ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol orang asli dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi.
Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Zikri Ibrahim, 29, yang bekerja sebagai pegawai pemasaran itu mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Zikri didakwa telah menggunakan perkhidmatan aplikasi Twitter dengan menggunakan profil akaun 'Zikri Armstrong' telah dengan sengaja mengaibkan dan secara telah sedar membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan kepada masyarakat orang asli dengan maksud akan memecahkan dan menggugat keamanan awam.
BACA: Tweet semberono, polis tahan lelaki dakwa 'Nora Anne dirogol Orang Asli'
Kesalahan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Tingkat 27, Menara KPJ di sini pukul 8.30 malam pada 14 Ogos lalu.
Dakwaan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun peguam Mohammad Syazwan Mohd. Salleh memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan jumlah itu terlalu tinggi.
"Tertuduh akan dijamin oleh bapanya dan bersedia pada bila-bila masa untuk datang ke mahkamah dan memberi kerjasama," katanya.
Majistret Noorasyikin membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September ini untuk sebutan semula kes.
Pada 16 Ogos lalu media melaporkan bahawa polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol orang asli.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban ketika dia hadir untuk memberi keterangan kepada pihak polis.
Mayat Nora Anne ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.
Gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari resort The Dusun Pantai Hill di sini pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua adiknya.
Sinar Harian
Tue Aug 20 2019

Mayat Nora Anne (gambar) ditemui kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki yang membuat ciapan di laman sosial mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol Orang Asli dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.