KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan bahawa fasiliti seperti eskalator dan lif di stesen pengangkutan awam kendaliannya yang masih belum berfungsi berpunca oleh beberapa faktor antaranya kelewatan pembekalan alat ganti.
Rapid Rail dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan penutupan sementara kilang di Shanghai, China kerana perintah berkurung di negara itu.
Menurut Rapid Rail, operasi fasiliti di stesen tren kendaliannya berada pada tahap 96.5 peratus bagi lif dan 90 peratus bagi eskalator dengan proses penyelenggaraan dan baik pulih akan disiapkan secara berperingkat.
Ia melibatkan tempoh penyelenggaraan yang dijangka siap sepenuhnya pada 30 Sept ini bagi laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang/Sri Petaling, LRT Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang manakala bagi perkhidmatan monorel pula pada 31 Julai ini.
"Jangkaan tarikh siap ini bergantung pada keadaan semasa di Shanghai. Tempoh tiga bulan diperlukan bagi proses penghantaran alat ganti dari kilang pembekal original equipment manufacturer (OEM) di China.
"Rapid Rail sedang memantau rapat pembekal dan kontraktor bagi mempercepatkan perolehan dan pemasangan alat ganti," menurut kenyataan itu.
Berhubung video tular di media sosial mengenai kesulitan dihadapi pengguna LRT akibat lif dan eskalator yang tidak berfungsi di Stesen LRT Ampang Park, Rapid Rail memohon maaf dan kesal atas isu berkenaan sehingga menyebabkan kesukaran pengguna perkhidmatan rel kendaliannya.
Syarikat itu menjelaskan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan pembaharuan permit mesin angkut dan kelulusan bagi pengoperasian fasiliti itu yang dijangka dibuka semula kepada penumpang selewatnya Rabu depan (25 Mei).
"Justeru, bagi membantu penumpang yang memerlukan bantuan khusus, pihak operasi akan sentiasa memastikan kakitangan di stesen agar lebih peka tentang keadaaan di pintu masuk dan segera memberikan bantuan," menurut kenyataan itu.
Penumpang juga boleh ke kaunter khidmat pelanggan atau berinteraksi dengan pihak polis bantuan yang menyelia landasan di stesen berkenaan bagi mendapatkan sebarang bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022

Rapid Rail memohon maaf dan kesal atas isu lif dan eskalator tidak berfungsi sehingga menyebabkan kesukaran pengguna perkhidmatan rel kendaliannya. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.

Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.

Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.

Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.