PUTRAJAYA: Kelewatan kapal tangki membawa minyak sampai ke terminal, peningkatan mendadak jumlah kenderaan dan isu kapasiti tangki simpanan di stesen minyak antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada isu bekalan petrol RON95 terjejas di beberapa kawasan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya mengambil maklum aduan dan rungutan orang ramai berhubung isu bekalan petrol RON95 yang terjejas di beberapa kawasan seperti dilaporkan baru-baru ini.
Beliau berkata isu itu disebabkan antaranya peningkatan mendadak jumlah kenderaan menyebabkan permintaan petrol RON95 di seluruh negara meningkat selain kelewatan kapal tangki yang membawa minyak untuk sampai ke terminal di Bagan Luar, Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang; serta kapasiti tangki simpanan di stesen minyak tertentu tidak mampu menampung permintaan pengguna.
Nanta dalam satu kenyataan pada Isnin berkata bagi menangani segera isu tersebut, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengambil dua langkah penyelesaian jangka pendek.
Pertama, mendapatkan kerjasama pihak Kementerian Pengangkutan untuk mempercepatkan proses pelepasan kapal-kapal minyak dan keduanya, pihak KPDNHEP melakukan pemantauan berterusan supaya tidak berlaku penyelewengan ke atas bekalan bahan api kenderaan terutamanya petrol RON95, katanya.
"Pihak kementerian ingin menyarankan orang ramai supaya buat sementara ini beralih kepada jenama minyak syarikat lain yang berhampiran berbanding jenama minyak syarikat tertentu yang menjadi kebiasaan digunakan kerana bukan semua stesen minyak menghadapi masalah bekalan terputus ini," katanya.
Nanta berkata KPDNHEP telah mengambil tindakan awal dengan mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM) untuk memastikan semua pengusaha stesen minyak berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.
Ini kerana, pihak KPDNHEP menjangkakan berlaku peningkatan jumlah kenderaan luar biasa di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini ekoran proses peralihan negara ke fasa endemik dan pembukaan sempadan negara yang membolehkan Keluarga Malaysia pulang ke kampung, katanya.
Beliau berkata pihak kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya dengan membenarkan semua stesen minyak di seluruh negara untuk menambah had kuantiti simpanan terutamanya petrol RON95 bagi memastikan bekalan mencukupi pada musim perayaan.
Berdasarkan Garis Panduan Pelesenan Barang-Barang Kawalan Berjadual (CSA), kadar had kuantiti ditentukan menerusi surat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyatakan had kuantiti simpanan yang sesuai bagi produk petroleum, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).
"Justeru, setiap stesen minyak mempunyai kadar had kuantiti simpanan yang berbeza tertakluk kepada luas premis dan sistem simpanan tangki bawah tanah (UGT) masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 09 2022
Pihak kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya dengan membenarkan semua stesen minyak di seluruh negara untuk menambah had kuantiti simpanan terutamanya petrol RON95. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pembinaan lebuh raya: KKR sedia tambah baik SOP elak kejadian buruk
KKR akan sentiasa berusaha menyesuaikan SOP agar ia benar-benar memberi impak untuk menghindari kesan buruk.
Waspada akaun media sosial palsu guna nama Menteri Kerja Raya
Nanta juga meminta orang ramai agar melaporkan sebarang akaun mencurigakan yang menyamar sebagai Menteri Kerja Raya atau Ahli Parlimen Kapit.
KKR pantau isu kenaikan harga bahan binaan - Alexander
KKR sentiasa memantau perkembangan industri pembinaan khususnya melibatkan isu kenaikan harga bahan binaan dan bahan mentah serta kesannya ke atas kontraktor.
Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu
Bekas Pengarah Kanan Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Roslan Ismail dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu berkuat kuasa hari ini.
SST 15 pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan suku ketiga 2024 - Alexander
Sebanyak 15 daripada 19 pakej kerja bagi projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B kini dalam proses penilaian akhir tender terbuka, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Jejambat SPE selamat digunakan, alat pengesan keretakan akan dipasang - Alexander
Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) mengesahkan tiada keretakan pada persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan berhampiran Jalan Cheras.
KKR sahkan tiada keretakan di jejambat SPE
Kementerian Kerja Raya (KKR) mengesahkan tiada sebarang keretakan berlaku di jejambat Lebuhraya Setiawangsa - Pantai (SPE) di Jalan Cheras, di sini seperti yang tular di media sosial sejak Jumaat.
LLM, syarikat konsesi diarah periksa dakwaan keretakan di SPE
LLM dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) diarah membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan yang didakwa retak.
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
Malaysia tumpukan penerapan PISMA bangunkan bandar tahan bencana
KKR akan menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menangani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir.