KOTA BHARU: Kelantan mengambil inisiatif membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata melalui program outreach vaksinasi itu, enam lokasi membabitkan rumah ibadat yang dikenal pasti akan beroperasi selama lima hari dengan sasaran 400 suntikan sehari di setiap PPV sementara terbabit.
"Walaupun ia dilaksanakan di masjid tetapi tidak terhad kepada golongan Muslim sahaja. Malah ada juga 10 hingga 20 peratus golongan bukan Muslim turut hadir untuk mendapatkan suntikan di PPV sementara ini.
"Setakat ini, 600 orang telah menerima suntikan vaksin di PPV sementara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat PPV sementara di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian yang mula beroperasi hari ini.
Beliau berkata inisiatif pengoperasian PPV sementara di pusat ibadat itu adalah untuk memastikan lebih ramai penduduk menerima suntikan vaksin secepat mungkin selain memudahkan pergerakan mereka.
"Pihak kami juga mendapat sokongan daripada penggawa serta Ahli Dewan Undangan Negeri untuk menjalinkan kerjasama bagi mengumpul nama-nama selain mereka yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Zaini berkata pengoperasian PPV sementara itu mungkin dilanjutkan jika mendapat permintaan tinggi.
Beliau juga berkata tahap kesedaran penduduk Kelantan berhubung suntikan vaksin semakin baik kerana melalui program outreach sebelum ini, isu ketidakhadiran individu untuk mendapatkan suntikan adalah rendah.
"Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa sambutan masyarakat Kelantan untuk menerima suntikan vaksin semakin baik," katanya sambil menambah seramai 140,000 rakyat Kelantan telah menerima dos pertama suntikan vaksin setakat ini.
Ditanya mengenai program outreach vaksinasi di kawasan pedalaman, Dr Zaini berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan penduduk mendapat suntikan sebelum musim tengkujuh selewat-lewatnya pada September ini.
"Ini kerana keadaan cuaca pada ketika itu akan menyukarkan petugas kesihatan masuk ke kawasan pedalaman yang hanya boleh dilalui dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk memberikan suntikan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021

Dr Zaini berkata pengoperasian PPV sementara itu mungkin dilanjutkan jika mendapat permintaan tinggi. - Gambar hiasan/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.