KUALA LUMPUR: Kekurangan peruntukan bukan punca utama kontinjen Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk pada temasya Sukan SEA, Kemboja yang melabuhkan tirainya 17 Mei lepas, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengumpul segala input cabaran yang dihadapi atlet daripada persatuan sukan yang dibangkitkan pada sesi mesyuarat pascanilai yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lepas.
"(Kekurangan bajet) bukan (faktor utama), ada pelbagai faktor, mereka (MSN) telah kumpul, kita akan lihat satu persatu.
"Kita juga ingin pastikan sekiranya ada cabaran yang boleh diatasi dalam jangka masa terdekat sebelum Sukan Asia, kita akan atasi," katanya kepada pemberita pada Karnival Allianz Moveforward di MSN di sini hari ini.
Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata prestasi kurang memberangsangkan kontinjen negara boleh dikaitkan dengan pengurusan program latihan, pengurusan atlet dan pelepasan pekerjaan atlet.
Beliau berkata ia dimaklumkan oleh persatuan-persatuan sukan pada sesi mesyuarat pascanilai terbabit.
"Itu faktor utama yang kita akan kumpulkan dan bentangkan semula kepada jawatankuasa dan menteri, mana perkara yang boleh diatasi dengan segera dan jangka masa panjang, kita akan atasi," katanya.
Pada Jumaat dan Sabtu lepas, Hannah bersama MSN, 38 wakil persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menjalani sesi pascanilai berikutan pencapaian terburuk kontinjen negara di temasya dwitahunan itu.
Mesyuarat terbabit turut dihadiri wakil Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) di Tokyo, Jepun yang diminta memantau sesi terbabit selain mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi temasya sukan itu pada masa akan datang.
Di Sukan SEA Kemboja 2023, Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

HANNAH: (Kekurangan bajet) bukan (faktor utama), ada pelbagai faktor, mereka (MSN) telah kumpul, kita akan lihat satu persatu. -Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.

Tambah atau gugur atlet RTG diketahui Mac depan - Hannah
Hannah berkata, mesyuarat itu juga akan menjawab persoalan berhubung struktur jawatankuasa RTG yang baharu.

KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.

Sasaran pingat Sukan SEA 2025, ikut saranan pakar - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sasaran pingat bagi Sukan SEA 2025 ditetapkan mengikut jumlah keseluruhan, bukan mengikut warna.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Hannah Yeoh mohon batal keterangan saksi dalam kes saman fitnah Kamarul Zaman
Hannah Yeoh memohon Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keterangan empat saksi yang dikemukakan bagi menyokong pembelaan pensyarah UUM, Kamarul Zaman Yusoff, dalam kes saman fitnah yang difailkannya.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.