GEORGE TOWN: Kejadian seorang lelaki warga asing menyerang dan mencederakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dalam kejadian Jumaat lepas tidak bermotifkan politik atau dendam.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian itu berlaku akibat perselisihan faham antara suspek dengan Jagdeep ketika berada di kawasan parkir restoran tersebut.
"Setakat ini siasatan polis mendapati kejadian itu tidak berkaitan politik atau dendam membabitkan mereka berdua malah suspek iaitu lelaki warga asing berumur 60 tahun itu juga tidak mengenali Yang Berhormat berkenaan.
"Siasatan awal mendapati pada mulanya berlaku perselisihan faham antara mereka dan kejadian itu (mangsa diserang dan dicederakan) berlaku sangat pantas serta secara tiba-tiba sahaja," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian Jagdeep cedera selepas dipercayai diserang seorang suspek dalam kejadian Jumaat lepas.
Mohd Shuhaily berkata semasa kejadian itu suspek dan mangsa datang menjamu selera di restoran tersebut dengan keluarga masing-masing dan lelaki warga asing yang menjalankan perniagaan di Pulau Pinang terbabit telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat reman dua hari.
Katanya, kertas siasatan kes telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya dan kes itu disiasat menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut sama ada semasa kejadian suspek berada dalam keadaan mabuk atau tidak...lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan," katanya sambil menambah bahawa Exco tersebut masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah, di sini apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.
Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohd Shuhaily berkata polis Pulau Pinang sedang mengesan empat lagi lelaki yang disyaki ahli kumpulan jenayah terancang Geng Chandra menjalankan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah membabitkan rentas negara.
Beliau berkata empat lelaki itu terdiri daripada dua lelaki tempatan iaitu K. Harivin Raj, 25, dan B. Jagandran, 47, serta dua lagi lelaki warga asing dikenali sebagai Juanda dan Afrizal.
''Seramai 14 ahli kumpulan ini telah ditahan polis menerusi Op Cantas Tanjung 3 pada 25 Mei lepas dan mereka telah didakwa di mahkamah kerana menganggotai sebuah kumpulan jenayah terancang yang disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kumpulan ini termasuk empat lagi suspek yang sedang diburu polis dipercayai menjalankan aktiviti jenayah penyeludupan dadah ke negara jiran serta memiliki senjata api dan telah bergiat aktif sejak 2021,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kejadian serang babitkan Jagdeep bukan berkaitan politik atau dendam
Kejadian seorang lelaki warga asing menyerang dan mencederakan Jagdeep Singh Deo dalam kejadian Jumaat t lepas tidak bermotifkan politik atau dendam.