Malaysia menghidangkan upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang hebat dan memukau penonton yang memenuhi Stadium Nasional, Buklt Jalil dan juga golongan netizen.
Sukan serantau dwitahunan idari 19 hingga 20 Ogos itu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam acara yang dilimpahi sinar cahaya dan warna dengan penyalaan kawah obor temasya yang dramatik serta pertunjukan bunga api mewarnai langit di atas stadium yang boleh memuatkan 90,000 penonton itu.
"Tahniah Malaysia dengan upacara pembukaan Sukan SEA 2017 yang hebat, Malaysia Boleh," kata Pesuruhjaya Tinggi British, Vicki Treadell dalam catatan Twitternya mengenai pertunjukan selama dua jam itu yang berjalan lancar.
Akhbar Thailand, The Bangkok Post melaporkan upacara itu sebagai begitu mempersonakan dan mengagumkan penonton di dalam dan luar stadium dengan tema yang memberi penghormatan kepada bekas wira dan legenda sukan di samping meraikan bintang di masa hadapan.
Pembukaan temasya sukan itu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor , menghidangkan persembahan mempersona mengenai kepelbagaian budaya di Malaysia menerusi aksi secara langsung di padang yang dihiasi dengan cahaya dan bunyi yang memukau penonton.
Ada yang tidak dapat menyembunyikan perasaan bangga mereka selepas menyaksikan persembahan hebat itu, dan menyampaikan mesej berbentuk tahniah kepada mereka yang memainkan peranan dalam menjayakan persembahan itu.
"Air mata kegembiraan dan saya amat bangga dengan negara yang dicintai Malaysia kerana menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017, sememangnya upacara pembukaan bertaraf dunia, " kata Nisa Batrisya dalam akaun Twitternya @NisaAjax.
"Sempurna, menakjubkan, hebat, kamu namakan apa saja, #KL2017 #SEAGames2017 adalah satu acara yang 'wau', kata Shahfizam Wahid dalam catatan Twitternya di @shahfizan..
Mesej lain juga ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, lebih dikenali sebagai KJ yang menyampaikan ucapan bersemangat dan mengajak rakyat Malaysia supaya menyokong atlet negara dengan sepenuh hati.
"Wahai @KhairyKJ. Tahniah di atas pembukaan hebat Sukan SEA 2017! Saya tidak mampu mengucapkan bagaimana bangganya saya sebagai seorang rakyat Malaysia," kata Syakira Hafifah dalam catatan di akaun Twitternya @ hafifaharikays.
Malaysia menyasarkan 111 pingat emas untuk muncul johan keseluruhan temasya sukan yang kali terakhir ia menjadi tuan rumah pada 2001.
Sebanyak 404 pingat emas daripada 38 jenis sukan ditawarkan, termasuk sukan yang baharu diperkenalkan seperti hoki ais, luncur ais, hoki dalam dewan dan kriket.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017

Malaysia menghidangkan upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang hebat dan memukau penonton yang memenuhi Stadium Nasional, Buklt Jalil dan juga golongan netizen. -Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.