KUALA LUMPUR: Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, dedah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.
Dalam satu sidang media pada Jumaat, beliau berkata, pihak SPRM tidak menolak kemungkinan itu selepas meneliti bukti dan keterangan yang diperolehi, susulan penangkapan seorang pegawai kanan dari Kuala Lumpur sebelum ini.
Selain itu beliau berkata, SPRM masih belum dapat menentukan jumlah suapan sebenar biarpun nilai rampasan sebelum ini mencecah RM1.2 juta.
“Saya percaya dia (pegawai yang ditahan) tidak bertindak keseorangan. Mungkin ada pegawai kanan (senior) lain yang turut terlibat.
“Walaupun kita telah merampas RM1.2 juta, kami ingin mengetahui jumlah sebenar. Kami juga sedang mengesan siapa yang pernah membayar saspek, dan orang lain yang telah menerima bayaran tersebut,” katanya lagi.
Azam berkata fokus siasatan ketika ini adalah mengenai jumlah wang yang telah diterimanya dan siapa yang memberikan suapan itu.
Sebelum ini, SPRM menahan seorang pegawai kanan polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram di sekitar Kuala Lumpur.
Lelaki berusia 40-an itu disyaki menerima suapan antara 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur.
Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.
Astro Awani
Fri Mar 29 2024
Lebih daripada seorang pegawai kanan PDRM dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, dedah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. - Gambar fail
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
Azam Baki hentikan saman RM10 juta terhadap penyelidik kanan C4
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberhentikan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan beliau terhadap penyelidik kanan C4.
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri
SPRM masih belum menerima panggilan daripada ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua peguam ditahan SPRM: LFL tuntut kerajaan campur tangan
Adalah tidak boleh diterima apabila SPRM menafikan aduan peguam sebelum membuat sebarang siasatan terhadap dakwaan mereka, kata LFL.
Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM
SPRM nafikan tohmahan yang dilemparkan oleh peguam-peguam dalam satu sidang media berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana JMC.
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat
SPRM tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
'Kontena terbang': Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki
SPRM akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.