PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang meneliti tindakan susulan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam bahawa perintah daripada Mahkamah Perusahaan tidak terpakai ke atas Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kerana mempunyai imuniti atau kekebalan.
Menteri berkaitan Steven Sim berkata pihaknya memandang serius keputusan tersebut dan perkara berkenaan juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.
“KESUMA memandang serius keputusan mahkamah tersebut dan kita sedang memantau dengan dekat. Saya sendiri pantau dengan dekat dan bincang dengan pegawai undang-undang KESUMA.
“Kita akan lihat dulu alasan penghakiman sebab belum keluar, kita nak lihat alasan penghakiman dan pegawai undang-undang juga akan bincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk lihat tindakan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Hari Pekerja di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perintah daripada Mahkamah Perusahaan Malaysia tidak terpakai ke atas Kedutaan Amerika Syarikat yang mempunyai imuniti atau kekebalan.
Justeru perintah ke atas Kedutaan AS supaya membayar sebanyak RM66,000 kepada seorang pengawal keselamatan susulan pemecatannya secara tidak sah 15 tahun lepas tidak terpakai.
Mengenai tuntutan supaya memorandum persefahaman (MoU) membabitkan sektor formal pekerja dari Indonesia ke Malaysia dikaji semula, beliau berkata perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama Malaysia-Indonesia pada Mei nanti.
“Kali ni tuan rumahnya adalah Malaysia. Kita akan bincang dan bangkitkan isu MoU dan segala benda yang dilihat ada keperluan semak semula dan sebagainya. Ia boleh dibawa ke perbincangan jawatankuasa kerja bersama kerana itulah platform rasmi,” katanya.
Sebelum ini, Indonesia menuntut supaya MoU membabitkan sektor formal pekerja dari negara itu ke Malaysia, terutama perladangan dan pembinaan dikaji semula selepas 20 tahun tidak disemak.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono berkata antara perkara yang perlu dibangkitkan ialah keperluan pihak kedutaan memantau proses pengambilan pekerja ke Malaysia serta isu gaji yang perlu disesuaikan dengan dasar gaji minimum di negara ini.
Beliau berkata Indonesia dan Malaysia mempunyai dua MoU berkaitan migran membabitkan semua sektor yang ditandatangani pada 2004, kecuali pekhidmat domestik Indonesia (PDI). MoU membabitkan PDI atau amah secara khusus pula dimeterai kedua-dua negara berjiran itu pada 1 April 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Sim bercakap kepada media pada Majlis Pra-Pelancaran Hari Pekerja dan Program Pocket Talk Siri 1/2024 di Dewan Serbaguna Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Kedutaan AS kebal: KESUMA teliti tindakan susulan
Sim berkata pihaknya memandang serius keputusan tersebut dan perkara berkenaan juga akan dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok.
Trump tiada imuniti dalam tuduhan konspirasi ubah keputusan pilihan raya
Mahkamah tolak dakwaan Trump bahawa beliau tidak boleh didakwa dengan dakwaan berkaitan dengan tanggungjawab rasminya sebagai presiden.
Ancaman subvarian BF.7 kepada rakyat Malaysia
Keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas enam bulan seseorang itu menerima dos terakhir atau vaksinasi ke-3.
Mahkamah Perusahaan forum sesuai putuskan isu imuniti AS dalam kes pemecatan salah
Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata, Mahkamah Tinggi bukanlah forum sesuai untuk memutuskan isu itu.
Ini Parlimen, mengapa boleh masuk dan keluarkan saman? - Noh Omar
Soalnya lagi, sekiranya penguatkuasa boleh masuk dan keluarkan saman pula, di manakah imuniti buat Ahli Parlimen?
Manfaatkan momentum untuk yakinkan golongan waswas - Pakar
Ambil peluang untuk meyakinkan mereka yang waswas tentang keselamatan vaksin dengan menekankan kepentingan vaksinasi.
Thailand pertahan langkah campur vaksin COVID-19
Penggunaan AstraZeneca sebagai suntikan ketiga atau booster selepas dua dos Sinovac akan mencapai tahap antibodi lebih tinggi, kata Dr Yong Poovorawan.
COVID-19: Elak guna terlalu banyak terminologi - Pakar kesihatan
Penggunaan terlalu banyak terminologi atau keadaan yang boleh mengelirukan perlu dielakkan dalam konteks langkah pencegahan penularan COVID-19.
Yoga bantu bina kekuatan dalaman pada masa pandemik COVID-19
Yoga jadi sumber kekuatan dalaman masyarakat ketika penularan pandemik COVID-19 dan menyuntik keyakinan bahawa mereka dapat melawan virus tersebut.
COVID-19: Kerjasama semua pihak mampu capai imuniti kelompok
Usaha kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disifatkan relevan, sementara negara berusaha mencapai tahap imuniti kelompok.