BANGKOK: Thailand mempertahankan langkahnya untuk mencampurkan vaksin COVID-19 bagi meningkatkan perlindungan terhadap COVID-19 selepas saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran langkah menggabungkan vaksin berbeza belum terbukti keberkesanan dan keselamatannya.
Pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan berkata suntikan menggabungkan, Sinovac, vaksin virus tidak aktif dengan AstraZeneca vaksin vektor viral sebagai dos kedua didapati berfungsi dengan baik dalam meningkatkan imuniti.
"Ia boleh memberi kesan penggalak dalam tempoh enam minggu berbanding 12 minggu.
"Penggunaan AstraZeneca sebagai suntikan ketiga atau booster selepas dua dos Sinovac akan mencapai tahap antibodi lebih tinggi," kata Ketua Pusat Kecemerlangan Virologi Klinikal di Fakulti Perubatan, Universiti Chulalongkorn dalam taklimat di sini pada Selasa.
Pada Isnin, Thailand mengumumkan akan mencampurkan vaksin COVID-19 Sinovac dengan AstraZeneca.
Bagaimanapun, ketua saintis WHO Dr Soumya Swaminathan menyatakan "ia satu trend yang berbahaya."
"Kita berada di zon yang tidak mempunyai banyak data dan bukti, begitu juga aspek campur dan padanan ini," katanya.
Sementara itu, Thailand mencatatkan 8,685 lagi kes baharu COVID-19 dan 56 kematian dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan sebanyak 353,712 dan 2,847 kematian.
Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) menyatakan kes baharu itu termasuk 8,673 jangkitan tempatan, 2,501 melalui pengesanan kes aktif manakala 12 kes import.
Korban terbaru itu melibatkan 31 wanita dan 25 lelaki berusia antara 34 hingga 96 tahun, termasuk 30 di Bangkok.
Turut dilaporkan tujuh pekerja binaan di Bangkok disyaki dijangkiti dua varian - Alpha dan Delta.
Setakat ini, mereka masih sihat dan tidak mengalami gejala membimbangkan, lapor Bangkok Post.
Sementara itu, Pejabat Sheikhul Islam Thailand mengumumkan larangan solat Jumaat di empat wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani, Yala dan Songkhla berikutan peningkatan kes COVID-19.
"Solat sunat Aidiladha di surau dan masjid di wilayah terbabit turut tidak dibenarkan. Ibadah korban hanya boleh dilakukan di lokasi ditetapkan dan tidak lebih lima orang petugas," kata pejabat itu dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021

Ketua saintis WHO Dr Soumya Swaminathan menyatakan, perbuatan mencampurkan vaksin COVID-19 adalah trend yang berbahaya. - Gambar hiasan
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Campur dan padankan vaksin COVID-19 tidak boleh ditentukan individu - WHO
Percubaan klinikal diketuai University Oxford di Britain kini sedang dijalankan untuk mengkaji campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.

Thailand pertahan langkah campur vaksin COVID-19
Penggunaan AstraZeneca sebagai suntikan ketiga atau booster selepas dua dos Sinovac akan mencapai tahap antibodi lebih tinggi, kata Dr Yong Poovorawan.