PUTRAJAYA: Mahkamah Perusahaan adalah forum sesuai untuk memutuskan sama ada kerajaan Amerika Syarikat (AS) dilindungi imuniti daripada tuntutan pemecatan salah yang difailkan oleh seorang bekas pengawal keselamatan yang bekerja di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed, yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada Isnin, berkata Mahkamah Tinggi bukanlah forum sesuai untuk memutuskan isu itu.
Beliau juga berkata kes pemecatan salah L. Subramaniam terhadap kerajaan AS sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.
Panel yang terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas menolak rayuan kerajaan AS terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang memihak kepada Subramaniam.
Dalam penghakimannya, Azahar berkata sama ada imuniti itu terpakai kepada kerajaan AS bergantung kepada penemuan fakta berkaitan ciri, tanggungjawab dan skop tugas Subramaniam.
"Keterangan yang relevan lebih molek dikemukakan kepada Mahkamah Perusahaan di mana perkara itu aakan didengar dan kedua-dua pihak boleh saling menyoal balas berhubung ciri sebenar pekerjaan Subramaniam dan tindakan pemecatan itu," katanya.
Subramaniam, 54, mendakwa beliau hanya menjalankan tugas sebagai pengawal keselamatan di kedutaan itu dan tidak terlibat dengan fungsi diplomatik atau keputusan kerajaan AS selain tidak memiliki sebarang akses kepada maklumat atau dokumen sulit yang berkaitan dengan kedutaan itu atau kerajaan AS.
Selepas bertugas lebih 10 tahun dengan Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Subramaniam mendakwa telah dipecat secara salah pada 2008 dan beliau kemudian memfailkan representasi mengikut Sekyen 20(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menuntut agar jawatannya sebagai pengawal keselamatan dikembalikan.
Pada April 2019, Menteri Sumber Manusia ketika itu M.Kula Segaran merujuk perkara tersebut kepada Mahkamah Perusahaan.
Kerajaan AS kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi yang antara lain meminta agar keputusan Menteri Sumber Manusia dibatalkan dan deklarasi bahawa negara itu serta kedutaannya dilindungi imuniti daripada bidang kuasa Mahkamah Perusahaan.
Pada 8 Jan 2020, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerajaan AS dan kedutaannya dilindungi oleh imuniti serta mengarahkan Mahkamah Perusahaan agar tidak mendengar kes pemecatan salah Subramaniam.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada tahun lepas mengetepikan keputusan itu dan memerintahkan Mahkamah Perusahaan meneruskan pendengaran tuntutan tersebut yang menyebabkan kerajaan AS membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.
Peguam Lim Heng Seng mewakili kerajaan AS, Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin hadir bagi pihak Menteri Sumber Manusia serta Mahkamah Perusahaan manakala peguam Tai Yong Fung dan Joshua Tan-Jo Ven mewakili Subramaniam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Mahkamah Rayuan tahun lepas memerintahkan Mahkamah Perusahaan meneruskan pendengaran tuntutan yang menyebabkan kerajaan AS membawa perkara berkenaan ke Mahkamah Persekutuan. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Mahkamah Perusahaan forum sesuai putuskan isu imuniti AS dalam kes pemecatan salah
Hakim Besar Malaya Tan Sri Azahar Mohamed berkata, Mahkamah Tinggi bukanlah forum sesuai untuk memutuskan isu itu.

Gaji minimum sektor swasta diumum Ogos
Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016.