KUALA LUMPUR: Kedutaan China di Malaysia telah melancarkan sebuah video muzik khas untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Lagu bertajuk 'Sayang Sayang My Dear Friend' menampilkan penyanyi Malaysia Ah Niu dan kumpulan muzik yang mempamerkan gabungan alat muzik tradisional etnik China dan Malaysia seperti sape (oleh Anderson Kalang), yangqin, sitar (oleh Kumar Kathigesu), rebana (oleh Ramli Mohram), liuqin, gambus (oleh Dollah Gambus al Linggi), serta alat muzik moden termasuk piano, gitar elektrik, bes dan koir.
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Dinyanyikan dalam Bahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris, lagu itu dimulakan dengan "Sayang, sayang my dear friend, rakan sejati, kasih setinggi gunung. Senyuman mesramu, dalam hati ku, bagai alir sungai tak ada hujung".
Lagu itu menceritakan persahabatan erat yang dinikmati oleh Malaysia dan China serta aspirasi bahawa hubungan berkenaan akan terus maju bersama, memberi inspirasi kepada kedua-dua pihak untuk merealisasikan impian yang lebih besar.
"Biarkan persahabatan ini bergulung seperti ombak, biarkan ia mengalir selama-lamanya, sahabatku, sungguh indah kau bersamaku. Sayang sayang my dear friend," menurut sebahagian daripada lirik itu.
Malaysia dan China menjalinkan hubungan dua hala rasmi pada 31 Mei 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa. - Foto Facebook/China Embassy in Malaysia
Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.
22 ahli GISB tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk sebutan semula kes
Kesemua pemimpin tertinggi itu berdepan satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, sejak 2020 lalu.
Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS
Setakat 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5010/5100 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5055/5100 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Kewangan Tabung Haji dan Kaedah Rule of 78: Implikasi ekonomi dan sosial
Gabungan dua isu utama tentang keberkesanan subsidi haji Tabung Haji dan pemansuhan Rule of 78 dalam pembiayaan. Bagaimana dasar ini mencorakkan sosioekonomi, kestabilan kewangan pengguna, dan inovasi kewangan? Analisis mendalam tentang langkah strategik untuk meningkatkan daya tahan kewangan institusi dan memupuk keharmonian sosial.
Google Maps rungkai kes bunuh setahun lalu
Siasatan polis berdasarkan petunjuk Google Maps itu akhirnya menemukan mayat yang sudah mereput di sebuah tanah perkuburan, awal bulan lalu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Disember 2024]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
- Kes kucing mati ngeri di UM, semakan CCTV dapati diserang anjing liar - Polis
- Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
- KKM tidak pandang enteng lebih 6,000 doktor letak jawatan sepanjang lima tahun - Dzulkefly
#AWANIpagi #AWANInews
Anggota polis dikhuatiri lemas ditemukan meninggal dunia
Mayat Koperal Muhammad Taufik Sayuti, 39, ditemui pada jam 4.55 pagi tadi selepas operasi mencari dan menyelamat digerakkan.
Bengang konsert batal saat akhir, netizen 'korek' keputusan percubaan SPM penganjur One Love Music
Warga maya terutamanya pembeli tiket meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh penganjur, Tuff KL.
Liverpool langgar habis Tottenham di London
Gol Liverpool dijelmakan Luis Diaz (m-23, m-85), Mohamed Salah (m-45, m-61), Alexis Mac Allister (m-36), dan Dominik Szoboszlai (m-46).
Apple bangunkan loceng pintu pintar dilengkapi pengecaman wajah
Apple dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.
Thailand hormati keputusan Malaysia tutup pangkalan haram di sempadan
Thailand menghormati keputusan pihak berkuasa Malaysia menutup pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.
Lima acara sepak takraw dipertandingkan pada Sukan SEA Thailand 2025
Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengesahkan lima acara bagi lelaki dan wanita akan dipertandingkan di temasya Sukan SEA Thailand 2025 dari 9 hingga 20 Dis tahun depan.
Perdagangan dua hala Malaysia-China cecah hampir AS$98 bilion bagi tempoh 11 bulan pertama 2024
Hubungan ekonomi Malaysia-China terus mengukuh, dengan perdagangan dua hala mencecah hampir AS$98 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama 2024.
Malaysia berupaya menjadi peneraju keselamatan siber - Anwar
JKSN sokong usaha NACSA untuk terus meneraju inisiatif pengukuhan keselamatan siber negara terutamanya dalam melindungi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII).
Malaysia menyerlah sebagai sinar harapan dalam kestabilan dan kemajuan di sebalik ketidaktentuan global
Keupayaan Malaysia untuk menghadapi keadaan mencabar adalah disebabkan asas ekonominya yang kukuh.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.