SHAH ALAM: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkongsikan kedudukan sebahagian ahli Parlimen kerajaan di Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang buat pertama kali pada Isnin selepas pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Senarai dikongsikan beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad itu membabitkan 36 ahli Parlimen kerajaan yang terdiri daripada kesemua parti bekerjasama membentuk kerajaan.
Berada di kedudukan pertama di barisan kanan Dewan Rakyat merupakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan di sebelahnya ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan diikuti Datuk Seri Fadilah Yusof yang juga memegang jawatan sama.
Turut berada sebaris di bahagian hadapan ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Dua orang lagi ahli Parlimen kerajaan yang berada di barisan hadapan ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Sementara itu, berada barisan kedua di belakang Anwar bermula dari kedudukan pertama antaranya ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Berada di barisan sama ialah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Barisan ketiga di belakang Anwar pula terdiri antaranya daripada Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Barisan keempat dari hadapan pula terdiri daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.
Kerajaan pimpinan Anwar terdiri daripada kerjasama beberapa parti antaranya Pakatan Harapan, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan). -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 18 2022
Senarai kedudukan ahli Parlimen Kerajaan yang dikongsikan Ahmad Maslan di Facebooknya pada Ahad. -Facebook
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
PRK: Anak Sungai Bakap diseru balik kampung mengundi Sabtu ini
Pengundi DUN Sungai Bakap yang tinggal di luar kawasan diseru supaya memanfaatkan cuti panjang hujung minggu ini untuk pulang mengundi.
PRK Sungai Bakap: Jentera UMNO berfungsi dengan baik - Ahmad Maslan
Jentera UMNO yang diturunkan untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan bagi PRK Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin menjalankan peranannya dengan baik.
Isu peruntukan PRK: Kenyataan berpandukan keputusan mahkamah - Ahmad Maslan
Ahmad hairan kenapa Bersih pertikai kenyataan beliau tidak salah bagi menteri atau kementerian anjur program atau umum peruntukan semasa PRK berlangsung.
Anjur program, umum peruntukan oleh kerajaan ketika PRK tidak salah - Ahmad Maslan
Katanya, isu tersebut pernah dibawa ke mahkamah sebelum ini, namun keputusan tidak memihak kepada pihak pembangkang yang mempertikaikannya.
Hospital Pasir Gudang dijangka beroperasi April 2025
Hospital Pasir Gudang yang sedang dibina dijangka dapat beroperasi sepenuhnya lebih awal iaitu pada April tahun depan.
KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak
Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.
KKR teliti keselamatan Jalan Kuantan-Segamat
Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tanggungjawab penambahbaikan jika kejadian tersebut berpunca daripada masalah kerosakan jalan.
PKR Sungai Bakap: UMNO akan bantu calon PH - Ahmad Maslan
UMNO akan memberikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.