KUCHING: Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata tempoh operasi kedai berkenaan adalah mengikut syarat yang ditetapkan untuk sektor perkhidmatan, ekonomi, industri dan aktiviti-aktiviti lain yang dibenarkan semasa PKP.
Selain itu, waktu operasi premis yang menjual makanan adalah antara 6.00 pagi dan 10 malam manakala individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam antara pukul 12.01 pagi dan 5.00 pagi tanpa alasan yang munasabah.
BACA: Operasi premis makanan di Sarawak kini dilanjutkan ke 10 malam
Sarawak mencatatkan 409 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 64,233, dengan dua kematian baharu direkodkan, menjadikan angka kematian bertambah kepada 406 orang.
Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan lima kluster baharu membabitkan kluster komuniti dan tempat kerja, menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini berjumlah 97 kluster.
Kluster Luteng di daerah Telang Usan dikesan di sebuah kampung di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Long Luteng melibatkan 44 kes positif COVID-19.
Kluster Po Ai (Sri Aman) pula membabitkan empat rumah panjang yang turut berada di bawah PKPD dengan sejumlah 103 kes dikesan positif, manakala Kluster Blimbing (Bau) melibatkan 22 kes positif di Kampung Blimbing.
Di daerah Sarikei, 59 kes positif melibatkan empat buah rumah panjang menyebabkan Kluster Simpang Koko diisytiharkan manakala Kluster Jalan Semariang di Kuching membabitkan 36 kes positif di sebuah pasar raya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
![Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624892666_membeli.jpg)
Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan SOP yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan/BERNAMA
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Pelancaran buku 'What's in a Name' - Nukilan Nazir Razak Pelancaran buku 'What's in a Name' - Nukilan Nazir Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636344174_NazirRazak.jpg)
Pelancaran buku 'What's in a Name' - Nukilan Nazir Razak
Saya berbesar hati yang cetakan pertama buku ini telah pun dibaca dan mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.
![Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624970263_IsmailSabriberama.jpg)
Kedai buku, alat tulis, telekomunikasi dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kedai komputer, telekomunikasi, kedai buku dan alat tulis sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 16 Julai 2021.
![Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624892666_membeli.jpg)
Kedai buku, alat tulis dibenar beroperasi semasa PKP di Sarawak
Kebenaran bagi kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi merupakan antara penambahbaikan SOP yang dilaksanakan di Sarawak susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Kedai buku, car boot sale boleh beroperasi - Ismail Sabri Kedai buku, car boot sale boleh beroperasi - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61610711458_ISMAILSABRI.jpg)
Kedai buku, car boot sale boleh beroperasi - Ismail Sabri
Dua bentuk perniagaan itu boleh dibuka di negeri yang menguatkuasakan PKP, PKPB dan PKPP.
![Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/81553502396_MPHNUSENTRAL.jpg)
Kes tampar pelanggan, MPH gantung khidmat pengawal keselamatan
Kejadian dilaporkan berlaku di MPH Nu Sentral, di mana remaja itu dikatakan telah ditampar sebanyak dua kali oleh pengawal keselamatan.
![Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541489648_scamgeneric.jpg)
Pekerja kedai buku rugi RM50,000 akibat Macau Scam di Bintulu
Mangsa seorang lelaki yang berusia 34 tahun serta bekerja di sebuah kedai buku di sini pada mulanya dihubungi 'Cindy Wong' yang mendakwa dari Jabatan Kastam Pulau Pinang.
![BookXcess lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia BookXcess lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71527812149_BookXcess.jpg)
BookXcess lancar kedai buku 24 jam pertama di Malaysia
Penganjur pesta buku Big Bad Wolf itu mencipta sejarah apabila melancarkan kedai buku pertama yang beroperasi 24 jam di Cyberjaya.
![Kedai FIXI sedia menyambut kelompok pembaca Kedai FIXI sedia menyambut kelompok pembaca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/71428819917_295x200.jpg)
Kedai FIXI sedia menyambut kelompok pembaca
Kedai buku FIXI yang pertama menemui para peminat karya penulis tempatan di pusat beli belah Jaya, Petaling Jaya.
![Hanya 2 kedai buku di Gua Musang Hanya 2 kedai buku di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41369701898_295x200.jpg)
Hanya 2 kedai buku di Gua Musang
Kekurangan kedai buku di Gua Musang dikatakan berpanjangan sejak sekian lama dan menjadi masalah penduduk mendapatkan bahan bacaan.