Kerajaan negeri Kedah berhasrat menyenaraikan perkhidmatan internet sebagai utiliti ketiga dijadikan syarat kepada pemaju untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan baharu di negeri itu.
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bersetuju dengan usul Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah agar Kedah mengiktiraf perkhidmatan internet sebagai utiliti ketiga sebagaimana air dan elektrik diwajibkan dalam mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang (KM), dalam pertemuan mereka di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini pada Rabu.
Saifuddin berkata cadangan itu memerlukan pindaan beberapa undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
"Sekiranya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengiktiraf internet sebagai utiliti, ini akan membantu mempercepatkan proses menyediakan perkhidmatan internet ke kawasan yang akan dibangunkan," katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat Muhammad Sanusi.
Saifuddin turut memuji penubuhan pusat sehenti oleh kerajaan negeri Kedah untuk mempercepatkan proses pembinaan dan kelulusan menara bagi perkhidmatan internet di negeri itu.
Saifuddin berkata pada pertemuan itu, kerajaan Kedah juga bersetuju untuk berbincang lebih lanjut mengenai cadangan projek kenegaraan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi pembikinan filem epik, sejarah atau kebudayaan bermutu tinggi.
Menyambut baik cadangan internet sebagai utiliti di Kedah, Muhammad Sanusi berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan pihak pemaju yang dijangka memberi manfaat kepada rakyat di masa hadapan.
"Saya rasa Kedah tidak boleh ketinggalan dalam perkara ini (capaian internet) dan ia akan dilaksanakan secepat mungkin. Saya difahamkan apabila Kedah memulakan proses ini, Kedah akan menjadi negeri pertama menjadikan internet sebagai utiliti," katanya.
Pada masa yang sama, katanya penubuhan pusat sehenti antara lain akan dapat menyelesaikan masalah 75 peratus menara telekomunikasi yang dibina secara haram di Kedah.
"Menara yang dibina secara haram ini biasanya dibuat dahulu kerana proses kelulusan mengambil masa dan kita (kerajaan negeri) ada isu kelulusan dan masalah-masalah lain bagaimanapun perkhidmatan masih perlu diberikan kepada pengguna maka syarikat ambil pendekatan bina dahulu sebelum dapat kelulusan.
"Jadi pendekatan kita adalah untuk mendapatkan penyelesaian yang terbaik kerana kita memerlukan perkhidmatan tersebut dan dengan langkah ini kita harap akan menyediakan perkhidmatan internet ke kawasan yang seluas mungkin bagi rakyat di Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Saifuddin (kanan) bersama Muhammad Sanusi pada sidang media selepas menerima Kunjungan Hormat Menteri Besar Kedah itu di pejabatnya di Putrajaya, 2 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek