Tragedi yang melanda Bukit Setiawangsa Disember tahun lalu memberikan kesan kepada pelbagai pihak terutama penduduk.
Meskipun kebimbangan penduduk bakal berakhir dengan pembinaan sangkar batu ia masih tidak mencukupi kepada sesetengah pemilik rumah berhampiran tempat kejadian.
Bagi Tan Scwu Leng, kejadian tanah runtuh menyebabkan beliau mengalami kerugian akibat kebimbangan yang dirasai penyewa rumahnya.
Meskipun telah diumumkan selamat namun ia masih gagal mengubah persepsi masyarakat.
Justeru Scwu Leng berharap penyelesaian jangka panjang dapat dilaksanakan agar kejadian tanah runtuh ini tidak menghantui penduduk Setiawangsa lagi.
Kejadian tanah runtuh pada 28 Disember tahun lalu menyebabkan sebuah rumah banglo di lereng bukit rosak teruk. Beberapa rumah lain berhampiran mengalami rekahan tanah .
Ekoran itu 106 penghuni rumah banglo, rumah teres dan rumah kedai diarah berpindah sebelum dibenarkan masuk semula ke rumah masing-masing baru-baru ini.
Astro Awani
Tue Jan 29 2013

Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kebimbangan penduduk sekitar belum berakhir
Tragedi yang melanda Bukit Setiawangsa Disember tahun lalu memberikan kesan kepada pelbagai pihak terutama penduduk.

DBKL mulakan kerja pembersihan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memulakan kerja pembersihan di Jalan Bukit Setiawangsa hari ini.